aszulqa.com

resepi sambal bilis tempoyak

Resepi sambal bilis tempoyak yang sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk kampung. Sambal tempoyak bilis sangat laku keras bila tibanya bulan puasa. Resepi sambal tempoyak ikan bilis ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahanĀ 
* Ikan bilis – goreng garing kemudian ketepikan
* Cili api – ditumbuk
* Bawang kecil – ditumbuk
* Bawang putih – ditumbuk
* Petai – dihiris
* Bawang besar – dihiris
* 2-3 sudu besar tempoyak
* Asam keping
* Sos tiram
Untuk buat sambal tempoyak, cili api dan garam ditumbuk kemudian gaulkan.

Cara buat sambal tempoyak ikan bilis:
1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
2. Masukkan sos tiram, asam keping. Kacau rata.
3. Masukkan petai, bawang besar dan goreng dlm beberapa minit
4. Kemudian masukkan tempoyak, kacau dan sebatikan, pastikan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ikan bilis.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Selain resepi sambal tempoyak ikan bilis, anda juga boleh cuba buat sambal tumis seperti di bawah…bukan sahaja sesuai sebagai sambal nasi lemak malah boleh dijadikan sambal tumis untuk pelbagai jenis masakan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 1 =

Scroll To Top