aszulqa.com

RESEPI PUDING ROTI PELANGI…puding roti viral!

Puding adalah salah satu pilihan pemanis mulut yang digemari ramai. Ada pelbagai resepi puding dari yang mudah hinggalah yang rumit. Puding cocktail, puding jelly, puding oreo, puding buah dan puding roti adalah antara resepi puding yang popular.

Jika anda ada lebihan roti gardenia putih kat rumah dan tak tahu nak dibuat apa….cubalah resepi puding roti pelangi yang mudah, cantik dan sedap perkongsian Zura Zul dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan A
20 gm agar agar tali (dicuci)
5 cawan air
3/4 cawan gula
(Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut)

Bahan B
4 keping roti gardenia..buang kulit tepi..carikkan kecil-kecil
1 tin susu cair/ susu segar
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung jagung
1 penutup botol esen vanilla (star brand)
Secubit garam
Pewarna ikut suka

Cara buat puding roti pelangi:
1) Blender semua bahan-bahan B kecuali pewarna hingga hancur halus
2) Tuang dalam periuk agar-agar yang telah dimasak tadi…sentiasa di kacau rata hingga nampak sedikit likat..tutup api
3) Bahagikan adunan agar-agar kepada 3-4 bekas..setiap bekas adunan itu dalam 1/2 cawan..warna ikut kesukaan
4) Loyang/ acuan dibasahkan dulu dengan sedikit air..kemudian ambil adunan berwarna dan tuang dalam loyang/ acuan berselang seli warna dia hingga habis.
5) Boleh simpan dalam peti sejuk 2-3 jam..keluarkan dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-lahan..potong ikut kesukaan..sedia untuk dimakan ☺

Kredit Resepi : zura zul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 2 =

Scroll To Top