aszulqa.com

resepi tomyam ayam tanpa perencah tomyam

Resepi tomyam ayam sedap tanpa perencah tomyam ini adalah perkongsianĀ NurulAin Alaui dan telah mendapat banyak share diĀ Resepi Viral Mudah dan Sedap.
Bahan-bahan:
Bawang besar 1biji (potong 4) *
Bawang putih 2 ulas (ketuk sekali je guna lesung) *
Serai (ketuk) *
Daun limau purut *
Tomato (potong dadu) *
Cili api (ketuk) *
Limau nipis
Ayam (potong kecil)
Sayur (carrot, cauliflower, kubis, cendawan)

Cara-cara :
1.panaskan minyak
2.tumis kan bahan-bahan yang bertanda * hingga layu
3.kemudian masukkan air
4.bila dah menggelegak, masukkan ayam
5.renehkan biar ayam betul-betul masak
6.kemudian masukkan sayur
7.jangan lupa perahkan limau nipis, masukkan garam dan perasa kalau suka
8.kalau suka daun ketumbar boleh tabur atas dia
9.hidangkan dengan telur dadar, sambal belacan dan timun. Nasi masak lebih takut tak cukup.

10.jemput la makan, ape tunggu lagi.

 

Terima kasih. Kalau ada pahala di setiap resepi yang sy kongsi ni, saya sedekahkan buat arwah abang saya AmreyFaizal bin Alaui.

Kredit : NurulAin Alaui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 6 =

Scroll To Top