aszulqa.com

resepi biskut lidah kucing, berwarna-warni ceria di hari raya

Hari raya anda pasti lebih ceria jika dihidangkan dengan biskut raya yang berwarna-warni membangkitkan selera dan suasana hari raya kelak. Resepi biskut lidah kucing ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan :
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru (pilih warna mengikut pilihan hati)
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara buat biskut lidah kucing :
1 Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex,kemudian ketepikan
2 Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
3 Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebatiĀ 
4 Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata
5 Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6 Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7 Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan
8 Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
9 Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
10 Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 hingga 20 minit
11 Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
12 Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Selama Mencuba !!

Kredit: Sheila Rusly fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 − 6 =

Scroll To Top