Biskut dulu-dulu tapi masih kekal hingga ke hari ini ialah biskut sarang semut. Resepi biskut sarang semut adalah antara resepi biskut raya mudah dan evergreen juga mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
bahan-bahan:
250 gram butter
100 gram gula kastor
350 gram tepung gandum (diayak)
100 gram tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 teh esen vanila
sedikit pewarna kuning
Hiasan:
Coklat rice
Cara Penyediaan:
– Pukul butter dan gula hingga berkrim. Mak Long guna senduk jer tak guna mixer
-Kemudian masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Mak Long gaul rata ketiga-tiga bahan ini
-Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan
-Parutkan adunan dalam mangkuk kecil dan kemudian sudukan ke dalam kertas cawan (saiz kecil)
-Kemudian taburkan coklat rice.
-Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 15-20 minit atau sehingga masak
-Suhu dan masa ni kena ikut oven masing
-Bila dah siap, sejukkan dan kemudian boleh masukkan dalam balang.
Kredit: Mariana Zainal