aszulqa.com

resepi biskut cornflakes madu tanpa oven

Biskut cornflakes madu adalah antara biskut raya simple, sedap dan mudah untuk dibuat. Kesedapan biskut cornflakes madu rangup membuatkan kita tak sedar sudah habis sebalang memakannya sambil menonton TV. 

Walaupun tanpa oven, anda tetap boleh membuat biskut cornflakes madu versi tanda oven dan tanpa bakar. Resepi biskut cornflakes madu ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan
-cornflakes 1 kotak besar (nestle)
-5 sudu besar madu
-5 sudu besar susu pekat
-250g buttercup
-5 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanilla
-papercup secukupnya.

Cara buat biskut cornflakes madu:
1.masak dalam kuali sederhana besar, buka api perlahan sahaja
2.Masukkan buttercup dan terus masuk semua bahan-bahan kecuali carnflakes 

3.Jangan tunggu buttercup cair baru nak masuk semua bahan-bahan, nanti tak menjadi
4.Kacau sampai sebati
5.Setelah mendidih tutup api dan biarkan sejuk atau agak-agak suam

6.Jangan risau adunan tidak akan pekat
7.Setelah sejuk masukkan sekotak nestle cornflakes ke dalam (api jangan buka)

8.Kemudian boleh isikan ke dalam papercup dan aturkan ke dalam talam kecil
9.Masukkan ke dalam peti sejuk dalam 10 minit kemudian boleh dihidangkan

*jika ikut betul-betul resepi ni biskut anda akan ranggup dan tidak lemau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 3 =

Scroll To Top