aszulqa.com

Resepi Spaghetti Goreng Sedap

Masih mencari-cari aneka RESEPI AYAM untuk dimasak apa hari ini?
Jom cuba resepi spaghetti goreng sedap, simple, senang, ringkas dan mudah.
 
 
Yang uniknya resepi spaghetti ini menggunakan bayam brazil sebagai sayur yang berkhasiat, ditambah lagi dengan khasiat chia seed. Resepi spaghetti menggunakan ayam ini sangat senang dan mudah tanpa sos bolognese mahupun sos carbonara, cuma guna bahan yang selalunya ada di dapur sahaja.
 
Rupanya bayam brasil ni sedap & ngam bila dibuat spaghetti ?
Dah tak sabar nak tengok resepi simple spaghetti goreng yang bahan-bahan asasnya confirm ada kat dapur?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan:
1) Segenggam spagheti
2) Dada ayam hiris kecil
3) 1sudu besar cili blender (cili kering + bawang merah + bawang putih)
4) 2 sudu besar sos cili
5) 2 genggam bayam brazil
6) Carrot potong halus/ dadu
7) 1sudu besar organik olive oil
8) Setengah sudu besar chia seed (buat tabur)
*sukatan resepi ni untuk 1-2 org makan.

 

Cara masak/ buat spaghetti goreng:

1) Panaskan minyak & goreng ayam dahulu
2) Kemudian masukkan cili blender, kacau hingga masak
3) Masukkan spaghetti
4) Masukkan pula cili sos, bayam brazil & carrot
5) Perasakan dengan garam
6) Selepas dah tutup api, minyak zaitun organik/ organic olive oil (saya suka letak last supaya khasiat minyak zaitun organik/ organic olive oil tak hilang & spaghetti nampak lebih cantik)
7) Akhir sekali taburkan chia seed (chia seed adalah ‘good fatty acids’ yang diperlukan oleh badan kita).

 

Kami dah sediakan video cara memasak/ buat spaghetti goreng bayam brazil + ayam di bawah, jemput tengok ye

 

Selain dapat dijadikan hidangan yang ringkas & sedap & ada 1001 khasiat bayam brazil yang perlu kita tahu untuk kesihatan tubuh badan kita, antaranya. 

1) sumber vitamin K
2) menguatkan tulang & gigi
3) meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan
4) membantu melancarkan peredaran darah
5) membantu melawan kanser
6) mencegah anemia
7) awet muda & mencegah kedutan, penuaan pramatang

 

 

 

One thought on “Resepi Spaghetti Goreng Sedap

Leave a Reply to stream Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve + 9 =

Scroll To Top