aszulqa.com

goreng pisang crispy viral

Goreng pisang adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Selalu dicari untuk minum petang di gerai-gerai yang menjualnya. Goreng pisang crispy atau rangup selalunya digemari ramai, makan tak jemu dan muak. 

Jika disebut nama gerai goreng pisang ini pasti ramai yang sudah mengenalinya kerana gerai goreng pisang legend ini sudah bertapak hampir 30 tahun di Shah Alam dan masih mengekalkan kualiti yang sedia ada. Itulah dia goreng pisang Azmi yang terletak di Seskyen 18, Shah Alam.

Pisangnya dihiris nipis-nipis dan digoreng dengan bancuhan tepung yang kemudiannya menghasilkan pisang goreng rangup dan crispy. Ni memang betul rangup! Anda kena ciba sendiri baru tahu. Agak susah nak dapat pisang goreng yang rangup dan secukup rasa macamni sekitar Lembah Klang, itulah sebabnya greai goreng pisang Azmi ini sentiasa ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan pisang goreng crispy Viral ini.

Selalunya di goreng pisang Azmi ni, pisang gorengnya masih panas-panas kerana setiap kali baru diangkat dari atas kuali laju sahaja habisnya diborong dek pelanggan yang bertali arus. Inilah juga salah satu sebabnya pelanggan suka datang ke sini untuk menikmati goreng pisang yang masih panas dan semestinya rangup kruppp krappp!

Goreng Pisang Azmi,
Gerai No.1,
Jalan Ibus 18/40,
Seksyen 18,
40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 12 tengahari – 6.30 petang setiap hari kecuali Jumaat
TUTUP: Jumaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − 1 =

Scroll To Top