aszulqa.com

NASI DAGING resepi nasi tambah berpinggan-pinggan!

NASI DAGING resepi nasi boleh buat tambah berpinggan-pinggan!

Resepi nasi daging air asam ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

 
Bahan-bahan:
-Daging 1- 2 kg
(potong besar-besar nipis & direbus hingga lembut *tips untuk daging mudah lembut ialah dengan memasukkan 2-3 sb minyak masak dalam air rebusan dan tutup periuk ketika merebus, boleh sahaja menggunakan periuk nasi elektrik jika tiada periuk tekanan)
-Beras basmathi 5 cawan
(basuh, rendam 1/2 jam dan toskan)
 -air 6 cawan
-susu cair 1 tin
-kiub daging @ ayam
-garam
-3 sb minyak sapi @ majerin
-3 batang serai dititik
Bahan A :
bawang kecil 10 ulas (dihiris)
bawang putih 3 ulas (dihiris)
halia 2 inci (dihiris)
buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis
2 sb serbuk sup (bancuh dengan sedikit air)
1 sb serbuk kurma (bancuh dengan sedikit air)

 

Cara masak Bahan A:
Panaskan minyak sapi @ majerin
Tumiskan bahan A hingga layu
Masukkan bancuhan rempah
Masukkan daging dan kacau sebati lebih kurang 5-10 minit
Masak air, serai, kiub dan agaram secukup rasa dalam periuk nasi elektrik sampai menggelegak (guna air rebusan daging). Bila dah menggelegak baru masukkan susu, beras dan bahan A. Kacau sekejap dan masak nasi macam biasa.

Bahan Air Asam
-tomato (dihiris)
-cili api (dihiris)
-cili besar (dihiris)
-bawang besar bombay (dihiris)
bunga kantan (dihiris)
-air asam jawa
-air perahan limau
-cuka
-gula merah @ melaka
-garam
-kerisik
-cili sos
-belacan bakar ditumbuk

Cara buat air asam:
Satukan kesemua bahan dan kacau sekata. Kena balance kan rasa masam, manis, masin dan kepekatannya.

Kredit: Dapur Kak Chik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 − one =

Scroll To Top