Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa pengeluaran duit ASB kini boleh dibuat melalui online. Bagi yang sudah mendaftar asb secara online, bermula tahun 2022 had minimum jualan balik ialah RM100 manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,000 dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB. Agak banyak juga jumlah itu jika anda memerlukan duit segera pasti sangat membantu kerana sebelum ini had pengeluaran ASB online adalah RM500 sahaja.
Berikut ialah syarat-syarat pengeluaran duit ASB melalui online:
1] Dalam 1 bulan anda hanya boleh membuat pengeluaran ASB online paling banyak RM2,000. Manakala jumlah minimum setiap kali pengeluaran online ialah RM100 dan tidak boleh kurang dari itu.
2] Pengeluaran atau urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar. Pengeluran kali ke empat tidak akan berjaya.
Manakala untuk anda yang ingin mengeluarkan duit ASB melebihi 2K dalam bulan yang sama, anda perlu ke kaunter ASB, pejabat pos ataupun bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan pengeluaran duit ASB. Dalam kes kali ini, kami akan kongsikan cara pengeluaran duit ASB di Maybank. Sangat mudah caranya, anda cuma perlu ke kaunter Maybank dan tidak perlu lagi menyalin no akaun ASB anda di dalam borang. Semuanya automatik dan sudah ada di dalam sistem.
(i) Cara Keluarkan Duit Asb di Maybank
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Isikan borang deposit Maybank dengan mengisi kesemua maklumat di dalam borang yang diperlukan selengkapnya
- Tidak perlu mengisi borang pengeluaran Asb lagi & tidak perlu mengingat no akaun Asb
- Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga no giliran anda dipanggil
- Apablia no giliarn anda dipanggil, serahkan kad pengenalan / IC / mykad untuk pengesahan cap jari sebelum pengeluaran
- Setelah pengeluaran Asb berjaya dan sudah dipindahkan ke akaun Maybank anda, pegawai akan memberi borang pemakluman transaksi berjaya untuk anda tandatangan
- Itu sahaja, sudah siap. Mudah bukan?
Untuk pengeluaran duit ASB di Maybank atau kaunter pengeluaran fizikal lain tiada sebarang had pengeluaran, anda boleh keluarkan sebanyak mana yang anda mahu…pendek kata, selagi ada duit di dalam akaun ASB anda.
Untuk sebarang kemusykilan lagi, bolehlah anda merujuk ke portal ASB ini sendiri.