aszulqa.com

Bazaar Ramadan Shah Alam @ Bazar Ramadan Stadium, Seksyen 13, Shah Alam

Bazaar Ramadan Shah Alam @ Bazar Ramadan Stadium, Seksyen 13, Shah Alam antara bazar ramadan popular dan paling meriah sejak dari dulu lagi. Kalau sebelum covid-19 melanda, bazar ramadan stadium ni memang penuh sesak dengan orang ramai yang mencari pelbagai juadah untuk berbuka puasa, dan tersenarai sebagai senarai bazar ramadhan 2021 yang wajib singgah.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Percubaan hari pertama ke bazaar ramadhan stadium seksyen 13, Shah Alam tak berjaya masuk sebab sis malas nak beratur…sebelum pukul 5 sis sampai dah beratur sampai luar. Sis datang weekend ye

Percubaan hari ke-2 sis datang ke bazaar ramadhan stadium seksyen 13, Shah Alam….ingatkan kurang sikit orang beratur sebab weekdays, tapi rupanya tekaan sis meleset sama sekali. Weekdays lagi ramai orang beratur panjang dari atas stadium meleret sampai ke tepi jalan besar…panjang dah macam gerabak keretapi, pun sis surrender! tak sanggup beratur, jadi sis angkat kaki balik dulu

Kena tengok video bawah baru tau panjang tak panjang kena beratur…SUBSCRIBE kalau belum.

 

Percubaan hari ke-3 sis datang ke bazaar ramadhan stadium seksyen 13, Shah Alam….gigih sis datang sebelum pukul 4 petang. Walaupun tetap kena beratur tapi taklah sepanjang gerabak keretapi macam hari ke-2, jadi gigihlah sis beratur dari tepi jalan besar sampailah ke atas stadium tu.

Banyak juga khemah jualan, tapi taklah sebanyak & semeriah macam keadaan sebelum covid-19 melanda. Antara menu bazar ramadhan yang banyak sis nampak ialah nasi beriani/ nasi briyani….boleh kata ada 3-4 kedai jual nasi briyani. Nasi beriani tersohor chef ammar pun ada, gerai paling hujung sekali sebab bagi laluan untuk customer dia beratur panjang nak beli nasi beriani chef ammar.

Antara menu hot bazar ramadhan di stadium shah alam seperti ketupat, lemang & rendang, ayam golek, popia SS Ali, laksa penang, murtabak, satay, akok, nasi kerabu, uncle bob fried chicken, roti jala, pulut kuning zarina zainuddin, kambing grill, nasi kambing, roti john, takoyaki, inn tepung pelita, yong tau foo, sushi, putu bamboo world, bubur lambok, mentarang, lauk-pauk masakan kampung, kuih-muih, pelbagai air buka puasa sedap, air tebu, nasi ayam & banyak lagi tak tersenarai kat sini. Kiranya ada 1001 pilihan juadah berbuka puasa, dah macam buffet ramadhan kat hotel. Nak tengok apa lagi menu bazaar ramadan yang ada….kenala la ulang tengok 2, 3 kali video kat atas ni…baru boleh nampak secara detail. Kebanyakan harga pun peniaga ada tampal tag sekali.

Jom singgah bazaar ramadhan stadium seksyen 13, shah alam support peniaga tempatan kita!

Mozer’s Bukit Jelutong dah berpindah?! [Tempat Makan Best di Shah Alam]

Bagi yang masih mencari-cari tempat makan best di Shah Alam, mungkin boleh mempertimbangkan Mozer’s di Bukit Jelutong. Sebelum ini Mozer’s Bukit Jelutong terletak di Jalan Serambi, Bukit Jelutong. Namun bermula Januari 2021 Mozer’s dah berpindah ke D’Vida Bukit Jelutong.

Sis sendiri pun tak tahu menahu yang Mozer’s dah berpindah ke D’Vida, al-maklumlah sejak pkp ni sis takut sikit nak makan luar. Banyaknya masak di rumah, homemade lagi enak & bersihlah katakan. Oh ya! nak tahu sis masak apa kat rumah, jemputlah SUBSCRIBE youtube channel sis ni ye.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Scroll To Top