aszulqa.com

LAKSA JOHOR Resepi Viral Mudah dan Sedap

Laksa Johor resepi viral mudah dan sedap yang mendapat ribuan shares di facebook ini adalah perkongsian daripada pemilik fb Fauziah Ali.

Pernah tular sebelum ini tentang laksa johor yang telah menjadi perang ‘keyboard’ warganet dalam media sosial yang membanding-bandingkan dan mempertikaikan jenis ikan yang digunakan untuk kuah laksa johor. Jadi sebelum kita beralih kepada resepi laksa johor, jom kenali apakah kelainan laksa johor.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Perbezaan laksa johor berbanding laksa lain ialah ianya menggunakan spaghetti menggantikan laksa yang biasanya diperbuat daripada beras atau gandum. Manakala kuahya pula mestilah pekat dengan campuran pelbagai bahan-bahan dan ulam-ulaman segar, juga perlu ada tambahan sambal belacan. Satu lagi keunikan laksa johor ialah cara makannya tidak menggunakan sudu garfu tetapi hanya menggunakan tangan. Lebih menarik, sewaktu menghidang spaghetti dibentuk sanggul.

Asal usul laksa johor, dipercayai melalui cerita orang dulu-dulu asbab laksa johor menggunakan spagheti ialah kerana isteri sultan Johor ketika itu ialah wanita Inggeris. Dikatakan penyediaan laksa johor juga mengambil masa 2 hari pada zaman dahulu kerana sehari digunakan untuk mengasingkan isi ikan parang yang dibakar terlebih dahulu dan sehari lagi barulah untuk memasak kuah laksanya. Bunyinya macam leceh, tapi berbaloi bila sedap dimakan. Dikatakan juga, ikan yang paling sedap digunakan untuk membuat kuah laksa johor mesti ikan parang ataupun ikan tenggiri.

 

Bahan-bahannya :
  • 1 paket spaghetti (direbus)
 

BAHAN A :-
  • 5 ekor ikan kembong/ sardin/ parang/ tenggiri mengikut citarasa masing-masing (digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
  • 1 paket kecil udang kering (diblend)
  • Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
  • Sedikit udang basah (diblend)

 

BAHAN B (diblend) :
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit basah
  • 2 batang serai
  • 1 paket santan pekat
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 paket kerisi
  • 2 paket kecil rempah kari ikan
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Ajinomoto

 
Bahan Ulaman/hiasan :-
  • Limau kasturi di belah dan dibuang biji
  • Timun hiris
  • Tauge
  • Bawang besar hiris
  • Daun kesum hiris
  • Bunga Kantan hiris
  • Lobak asin halus
  • Sambal belacan.
 

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA JOHOR :
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.
4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2.        Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam-ulaman dan hiasannya.
 
Selamat mencuba.

 
Kredit resepi laksa johor: fb Fauziah Ali
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 4 =

Scroll To Top