aszulqa.com

Cara Sukat Masak Nasi Lemak Untuk Berniaga atau Majlis ~ Resepi Viral Mudah dan Sedap

Kali ini kami akan kongsikan cara sukat masak nasi lemak untuk berniaga atau majlis keramaian oleh Fazniza Razali yang telah mendapat ribuan share di facebook.
 

Mesti ramai yang sudah pandai untuk masak nasi lemak bagi seisi keluarga namun bila tiba musim perayaan atau majlis keraian, ramai juga yang teragak-agak dengan sukatan beras, air dan santannya. Bukan tidak pandai tapi mungkin tidak biasa memasak dalam kuantiti yang banyak. Apatah lagi jika baru bermula untuk berniaga, pastilah mencari-cari cara menyukat nasi lemak yang tepat dan betul supaya tidak berlaku pembaziran jika tidak menjadi.

Sementara itu boleh juga lihat video tutorial masak sambal nasi lemak paling sedap cantik pecah minyak dan merah gelap warnanya:

 

Sukatan nasi lemak yang akan dikongsi ini adalah untuk 10 orang makan, 40 orang makan dan 60 orang makan…pilihlah sukatan mana yang bersesuaian dengan jemputan tetamu anda ataupun untuk jualan nasi lemak anda.

Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi nasi lemak ini hanyalah bahan-bahan asas sahaja, anda boleh tambahkan bahan penyedap lain seperti hirisan bawang merah dan halia. Pastinya nasi lemak anda lebih sedap dan beraroma seperti resepi ini.
 

 

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 10 orang
Bahan-bahan :
1 kg beras
½ kg santan pekat
1 liter air
1 sudu garam
Daun pandan.
 

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 30 – 40 orang
Bahan-bahan :
3 kg beras
1 kg santan pekat
3 liter air
3 sudu besar garam
Daun pandan.
 

Cara masak nasi lemak untuk 55 – 60 orang
Bahan-bahan :
5 kg beras
1 ½ kg santan pekat
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan
 

Cara penyediaan :
Untuk memasak nasi lemak
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan.
  3. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati.
  4. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak.
  5. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.
 

Untuk mengukus nasi lemak
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan.
  3. Didihkan hingga berbuih kecil.
  4. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati.
  5. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering.
  6. Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus.
  7. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.

Tips memasak :
Nasi lemak yang dimasak secara kukus lebih tahan lama, tidak cepat basi dan cantik. Anda jangan lupa mencuba ya.

KLIK SINI untuk resepi nasi lemak dan sambal nasi lemak menjadi!

 
Kredit: fb Fazniza Razali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 10 =

Scroll To Top