aszulqa.com

Kuih siput legend untuk kudapan di hari raya

Kuih siput legend untuk kudapan di hari raya samada hari raya Aidilfitri mahu pun hari raya AidilAdha yang bakal tiba bulan hadapan. Bila dah buka balang kuih siput ni, selalunya mulut susah nak berhenti mengunyah….sedar-sedar dah separuh balang habis!

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Kuih siput akan sedap bila ia rangup dan rasa berempah. Jika betul cara buat dan simpan, kuih siput tak akan keras dan sedap dimakan.

Resepi kuih siput viral ini adalah perkongsian daripada fb Ummu Hana & telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-Bahan:
500 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar serbuk cili
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula (ikut citarasa kalau suka manis)
150 ml air
10 tangkai daun kari

Cara buat kuih siput:
-Cairkan marjerin kemudian sejukkan.
-Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.
-Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.
-Masukkan hirisan daun kari.
-Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
-Rehatkan doh seketika.
-Tabur sedikit tepung di atas dulang utk elak doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan dia atas acuan kuih siput kemudian letak di atas dulang tadi.
-Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
-Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit : Ummu Hana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × three =

Scroll To Top