aszulqa.com

Agar-agar pandan gula melaka….sedap tak terkata!

Pencuci mulut sedap dimakan selepas makan hidangan utama, apatah lagi jika pencuci mulut sejuk, bila masuk mulut je nyamannnn je rasa.

Antara pencuci mulut (dessert) simple dan senang dibuat ialah agar-agar. Agar-agar pun ada banyak jenis juga, antara agar-agar yang digemari ialah agar-agar milo, agar-agar milo oreo, agar-agar koktel, agar-agar santan, agar-agar lumut, agar-agar roti, agar-agar sumi dan agar-agar gula melaka.

Agar-agar sedap dan senang seperti agar-agar gula melaka akan menjadi sedap tak terkata bila di ‘upgrade’ menjadi agar-agar pandan gula melaka.

Agar-agar pandan gula melaka perkongsian fb Qasih Jue Aisha telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

* Bahagian atas *
400g air
250g air pandan
300g santan ( guna santan kara)
10g agar-agar tali
220g gula
2 biji telur (pukul sekejap)
1 sdk garam
Sedikit pewarna hijau

Cara buat bahagian atas agar-agar pandan gula melaka:
Masak agar² tali dgn air sampai agar² hancur. Kmudian masukkan gula, air pandan, santan, telur, garam dan sedikit pewarna hijau baru cntik…masak sampai megelegak, biar dlm 4 ke 5minit sampai pecah antara air dan santannya. Pastu tapis ambik warna hijau santan sja tuang kedalam loyang sejukkan seketika..

* Bahagian bawah *
400g air
150g gula merah
60g santan (santan kara)
½ sdk garam
6g agar-agar tali

Cara buat bahagian bawah agar-agar pandan gula melaka:
-Masak agar-agar tali dengan air sampai agar-agar hancur
-Masukkan gula merah, bila dah larut masukkan santan dan sedikit garam.
-Kacau dan biar mendidih kemudian tapis.
-Lorekkan sedikit permukaan atas bahagian (hijau) tadi dengan sudu garfu, supaya melekat elok antara bahagian atas dan bawah
-Kemudian tuang agar-agar gula merah dan biarkan sejuk.
-Ok dah siap!
P/s: Bila 0sejuk agar-agar akan nampak seperti 3 layer dengan sendirinya.

Kredit: Qasih Jue Aisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 6 =

Scroll To Top