

Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Instagram (klik follow)
Kari Bangla ini juga adalah kari ayam ayam tanpa santan. Sebelum ini kami pernah kongsikan resepi kari ayam tanpa santan dan tanpa rempah 4 sekawan. Manakala resepi kari bangla viral ini berganda mudah lagi kerana ianya adalah kari ayam tanpa santan dan tanpa tumis. Ibu bekerjaya dan surirumah yang senantiasa sibuk dengan rutin harian pasti menyukai resepi kari ayam semudah A B C ini.
Resipi kari Bangladesh ini agak pedas, itupun kami sudah tukar cili padi ke cili merah agar bersesuaian untuk dimakan seisi keluarga bersama anak-anak. Namun bagi anda yang sememangnya sukakan pedas boleh gantikan cili merah dengan cili padi dan cili kisar juga boleh diganti dengan serbuk cili. Bila menggunakan serbuk cili pastinya warna kari lebih cantik dan mengancam!
Cara memasak kari ayam ala Bangla ini juga merupakan salah satu tips masakan atau tips memasak kari supaya tahan lebih lama kerana kari ini tidak menggunakan santan. Selain sedap di makan bersama nasi putih, boleh juga di makan bersama roti canai atau roti gardenia.
Bendi
*Bahan kisar kasar
3 biji bawang merah besar
7 ulas bawang putih
2 batang cili merah
3 inci halia
1 SB jintan putih
.
