aszulqa.com

3 resepi donut gebu gebas

Donut gebu gebas yang bila digigit terasa kelembutannya pasti menjadi kegemaran ramai. Terdapat pelbagai resepi donut dan pelbagai cara membuatnya, setiap versi pasti ada kelainannya. Jadi terpulanglah pada selera masing-masing untuk mengikuti resepi donut mana yang lebih disukai dan senang diikuti. Ada yang suka resepi donut lembut, ada pula yang suka resepi donut rangup di luar tapi lembut di dalam. Yang pastinya, jika resepi donut itu mendapat banyak share pastilah menjadi resepi donut gebu viral. Kami sertakan 3 resepi donut gebu gebas dengan sedikit perbezaan bahan dan berbeza cara membuatnya.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

RESEPI DONUT SUSU GEBU ?

Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum (apa  brand tidak kisah)
1/2 peket yis yang 11gram 
1 sudu makan ovallette (kalau ovallette tiada gandakan kuning telur tu ya)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula
1 sudu makan planta (kalau tiada juga guna  minyak)
secubit garam
Air dia sebenarnya sis agak-agak… ambil 1 cawan  dahulu…

** susu – fernleaf + gula ising **

Cara buat donut susu gebu:
1.Mula-mula larutkan 1 cawan air suam, yis, gula dan biarkan seketika..
2.Lepas itu.. tepung gandum, planta, telur, garam dan ovallette gaul hingga sebati semua..
3.Lepas itu tuang  larutan yis tadi… uli sampai doh tidak melekat di tangan…kalau doh keras lagi boleh  tambah sikit-sikit air ya… Sis TAK PERAP ya.. Sis terus canai je bentuk donut.. Sis guna acuan donut, kalau tiada boleh tekap guna mulut cawan, untuk tengah-tengah itu guna penutup botol mineral atau penutup botol minyak yang 1kg itu hihihi… Guna  apa yang boleh di rumah itu.. Janji bentuk donut hahahha…
4.Jangan lupa tabur tepung di dalam talam ya, bagi doh itu tidak melekat nanti bila  dah kembang dengan jayanya…
5.Lepas siap canai semua sis biarkan dulu kembang kejap dalam 10 ke 15 minit gitu… Lepas tu boleh  goreng..
6.Untuk adunan sis ni boleh dapat dalam 30 biji donut comel-comel.
7.Lepas dah goreng bolehlah taburkan susu fernleaf + gula aising

Kredit: Mar Che

 

 

RESEPI DONUT RANGUP DI LUAR, LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahan:
1 peket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air suam
3sb gula (nak manis boleh tambah gula ikut  suka manis tahap mana, ain suka kurang manis masa lagi gaul dengan gula juga)
3 sb susu pekat
2 sb marjerin
1 biji telur
Gula halus atau gula aising ( untuk gaul donut nanti)

Cara buat donut:
1.Cairkan marjerin, bila sudah sejuk tambah telur pukul sikit dan ketepikan dulu.
2.Gula dan susu pekat disatukan didalam air suam, kacau hingga larut, masukkan yis, kacau lagi dan biarkan dalam 10 minit.
3.Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur dan kacau.
4.Selepas tu boleh masukkan bahan-bahan semua ke tepung gandum, uli sampai jadi doh. Dah jadi doh, rehatkan doh tu dalam 30 minit.
5.Dah rehatkan doh,uli tumbuk-tumbuk bagi buang angin, selepas tu boleh buat bentuk bulat macam bola, susun di dalam talam jarang-jarang (tabur tepung sikit)
6.Dah siapkan bentukkan bulat-bulat, biarkan dalam 10-15minit macam tu, bagi kembang elok baru boleh di goreng.
7.Goreng dalam api yang sederhana
8.Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus atau gula aising. Sedia untuk dihidang.

Kredit : Nur Aien

 

 

Bahan A :
1 peket yis kering mauripan

2 sudu besar susu pekat manis
Anggaran 1 cawan air suam
2 sudu teh gula
(Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)

Bahan B :
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
(Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)

Bahan C :
1/2 cawan susu Full Cream Fresh Milk

Cara buat donut
1.  Campurkan bahan A, B dan C ke dalam bekas. Kemudian uli hingga sebati (empunya resepi uli guna bread maker selama 30 minit).
2.  Bila doh telah sempurna bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan doh bulat dan buat lubang.
3.  Agak-agak doh sudah mengembang hampir dua kali ganda dari saiz asal, boleh mula menggoreng dengan api sederhana hingga masak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan doh.
4.  Angkat donut toskan minyak dan salutkan bersama gula.
5.  Sedia untuk dihidangkan.

Resepi & foto : Nur Shuhada’ Ahmad Mahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 10 =

Scroll To Top