aszulqa.com

thai butter cake super moist dan lembut

Thai butter kek yang sangat moist dan lembut pabila digigit pasti ramai peminatnya. Sangat sesuai dijadikan hidangan buat tetamu yang datang bertandang ke rumah ataupun untuk minum petang seisi keluarga.

Resepi premium Royal Thai buttercake viral yang gebu, licin dan sedap ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.


Bahan-bahan:
264 gm tepung kek superfine (ayak)
1⅓ sk baking powder (ayak)
200 gm unsalted butter
200 gm gula aising
16 g ovalette
245 gm telur
105 gm susu cair
1 sb esen vanilla

Cara buat biskut thai butter cake:
1.Dalam mixer satukan butter, gula aising & ovalette hingga putih, gebu & ringan
2.Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga adunan lembut dan gebu.
3.Kemudian masukkan tepung diselang selikan dengan susu cair, waktu ni letakkan sekali esen vanilla.
4.Masukkan adunan dalam loyang / aluminium foil dan letakkan loyang saiz 10 inci besar di bawahnya yang dialas tisu basah dan bakar dalam oven
5.Hentakkan adunan atau gunakan lidi / belakang sudip kayu untuk lorek-lorekkan adunan bagi mengeluarkan gelembung udara dalam adunan tepung
6.Bakar suhu 170° selama 45 minit api atas bawah & 20 minit terakhir guna api bawah sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × one =

Scroll To Top