Untuk anda yang gemarkan masakan Thai atau Siam, pasti anda sukakan rasa masakan yang masam, pedas dan manis. Kombinasi tiga rasa ini selalunya ada pada masakan tomyam, stim limau dan pelbagai lagi. Bila sebut stim limau pasti kita akan terbayangkan siakap stim limau. Namun kali ini resepi stim limau ini dipelbagaikan menggunakan makanan laut iaitu sotong. Maka dengan itu terhasillah resepi sotong stim limau ala Thai hasil perkongsian Ayadieeya yang telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.