aszulqa.com

sotong stim limau ala restoran thai

Untuk anda yang gemarkan masakan Thai atau Siam, pasti anda sukakan rasa masakan yang masam, pedas dan manis. Kombinasi tiga rasa ini selalunya ada pada masakan tomyam, stim limau dan pelbagai lagi. Bila sebut stim limau pasti kita akan terbayangkan siakap stim limau. Namun kali ini resepi stim limau ini dipelbagaikan menggunakan makanan laut iaitu sotong. Maka dengan itu terhasillah resepi sotong stim limau ala Thai hasil perkongsian Ayadieeya yang telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

 

BAHAN-BAHAN sotong stim limau:
Sotong 1/2 kg @ 1kg
Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas (letak lebih pun takpe)
Cincang cili dalam 8-9 biji (kalau taknak pedas kurangkan)
Asam limau nipis dalam 3biji
Daum ketumbar (potong)
Kiub pati ayam 1/2 @ 1
Kicap sotong 3 sudu besar
Gula 2 sudu besar

.
CARA-CARA masak sotong stim limau:
1. Kukus sotong dalam 7 minit, jangan letak air (kukus sehingga masak) dan angkat
2. Lepas tu buat sos dia!
3. Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar.
4. Nanti korang try dulu, kalau tak cukup masam tambah limau nipis, kalau tak masin boleh tambah kicap sotong, kalau tak cukup manis tambah gula.
5. Bila dah secukup rasa, last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP ?
.
Kredit: Ayadieeya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 − 1 =

Scroll To Top