Resepi biskut raya sukatan cawan sering menjadi pilihan ramai kerana mudah untuk diikuti dan tidak memerlukan alat penimbang untuk menghasilkan biskut raya simple. Biskut mazola atau biskut kacang adalah antara biskut lama yang legend dan masih lagi ramai peminatnya hingga ke hari ini. Walaupun bukan musim perayaan, biskut kacang ini senang untuk dibuat kudapan dan juga senang didapati di pasaraya yang menjualnya.