aszulqa.com

Le Meridien Putrajaya Buffet Hi Tea [Hotel Buffet Malaysia]

Bermula tahun 2022 banyak hotel sudah mula menawarkan hotel buffet samada breakfast buffet, hi-tea lunch buffet, hi-tea buffet mahupun hotel buffet dinner. Antara yang sering dicari-cari adalah W hotel buffet, Mandarin Oriental buffet, Grand Hyatt buffet, Majestic hotel buffet, One World hotel buffet, Sunway Hotel buffet, Shang Ri La lemon garden, EQ hotel buffet, Eastin hotel buffet dan banyak lagi. Tidak terkecuali 5 star hotel Le Meridien Putrajaya yang menawarkan hi-tea buffet dan dinner buffet yang berkualiti, lazat dan terlalu banyak pilihan.

 

Dari luar sudah tersergam indah bangunan Hotel Le Meridien Putrajaya ni. Kemudahan parking di basement dengan bayaran hanya RM6 untuk 3jam pertama. Masa yang mencukupi untuk parking kerana had masa buffet hi tea di Le Meridien Putrajaya cuma 3 jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang.

Setelah parking di basement bolehlah naik ke tingkat ground floor untuk ke Latest Recipe. Sesampainya di Latest Recipe anda akan disambut mesra oleh receptionist yang akan mengiringi anda ke meja yang telah ditempah.

Le Meridien Putrajaya Hi Tea buffet yang berkonsepkan International Buffet menyediakan pelbagai jenis makanan Melayu, Cina, India, Jepun dan Barat.

Makanan di hotel yang sering dicari-cari Oyster ada di sini!!! Sedap sangat dimakan dengan perahan lemon. Selain Oyster pelbagai lagi seafood on ice seperti mussel, fresh scallop, crab dan prawn. Bersebelahan dengan kaunter fresh food ini adalah fresh salad. Jadi, jika sudah muak makan makanan laut bolehlah disulam dengan fresh salad. Pasti ramai yang tertanya-tanya Le Meridien Putrajaya buffet menu.

Antara MENU MAKANAN @ latest recipe, Le Meridien Putraya 
Oyster on ice
Mussel
on ice

Fresh scallop on ice
Crab on ice
Prawn on ice
Sashimi
Sushi
Butter prawn

Beef Teppanyaki
Roasted Australian Sirloin beef
Grilled beef
Pasta
Pizza
Satay
Dimsum
Roasted duck
Sup kambing
Sup labu
Nasi dan pelbagai lauk pauk
Nasi biryani
Roti naan
Pastries
Tart
creme brulee
Kek sedap-sedap
Roti dan anchor butter
Pelbagai jenis pure cheese
Apam balik (dimasak panas-panas)
Buah-buahan

Menu kesukaan kanak-kanak
Coklat fountain
ABC (Air Batu Campur)
cornflakes, cococrunch with milk
Jelly
Kek dan tart

Minuman pula ada pelbagai air kordial dan sky juice. Minuman panas ada teh tarik dan kopi panas. Sedap juga teh tariknya, tapi kalau tambahkan kelat teh tu mesti lagi “kaw” rasa dia. Paling best ada coffee machine, boleh tekan-tekan je nak coffee apa…americano, latte, capucinno, espresso.

Wajib cuba pasta carbonara! Sedap sangat-sangat, sis ada tanya rahsia pasta carbonara sedap ni kat chef….kalau nak sis bongkarkan resepi pasta carbonara dari chef hotel 5 bintang ni kena subscribe sini dan tunggu sis upload resepinya nanti.

Sangat banyak pilihan makanan sampai tak termakan. Walaupun rasa dah makan banyak, masih banyak juga tak sempat cuba makanan berat terutamanya nasi dan lauk pauk sebab perut dah penuh. Sis kalau hotel banyak makanan sedap-sedap macamni selalunya tak sentuh nasi, yelah nasi hari-hari kita makan kat rumah. Dah makan buffet hotel tu, sis cari makanan yang ‘rare’ dulu.  Waktu makan hanya 3 jam bermula 12 tengahari hingga 3 petang.

KLIK SINI untuk hotel buffet Malaysia menarik yang lain!

 
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Scroll To Top