aszulqa.com

review staycation hotel the westin kuala lumpur

Review staycation di Hotel The Westin Kuala Lumpur ini adal perkongsian daripada Ainul Mardhiah Kalam.

First staycation di Kuala Lumpur. Kali ini sengaja pilih Bukit Bintang boleh la play tourist dan beli dessert dekat Paul Pavillion?.

Harga Agoda : RM647 (4/2/2023), Tapi saya bayar RM53 surcaj je sebab redeem complimentary night voucer dari club marriot. Tiada deposit dikenakan ya.

⭐Parking : RM5 inhouse guest
Parking rate untuk hotel room guest RM5 saja. RM10 untuk subsequent car. Untuk ke parking kat basement, laluan agak sempit dan sikit mencabar bagi saya. Tapi husband lah yang drive, bukan kita. Berdebar juga tengok walau saya cuma duduk sebelah ? Parking lot agak kecil, mungkin sebab ni hotel lama kan. Kalau tak hati-hati, mungkin kereta akan dapat geselan manja kat sini.

⭐ Bilik
Saya dapat bilik tingkat 16, katil King. View pula berdepan dengan Pavillion. Masuk je dalam hotel ni, ada satu bau yang sangat menyenangkan. Katanya signature scent Westin. Entah la, saya tak pernah lagi check in kat Westin sebelum ni. Ada ruangan wardrobe bertutup sebelah pintu masuk, dalamnya ada iron, iron board, robe, shoe polish, laundry bag, safety box dan hanging area. Dalam bilik turut disertakan mini bar, kettle dan hair dryer. Ruangan toilet pula terpisah dengan bathtub dan shower. Cumanya air selalu bertakung area bathroom, agak kurang menyenangkan disitu. Katil pula ‘heavenly bed’ , juga antara signature hotel westin. Teringat-ingat kelembutan tilamnya, macam berada di sorga dunia… tapi ada yang suka kalau sikit keras, macam husband saya lah. ?

 

⭐ Facilities
Ada swimming pool di level 4. Tak besar mana saiz pool dia, ok lah kalau sesiapa ada anak kecil yang suka mandi. Boleh order sekali makanan atau minuman dekat The Splash. Gym pun level sama, hanya guna kad untuk masuk sana. Banyak juga equipment ada dalam tu. Cukup untuk bakar lelemak dan kalori di badan lepas makan makanan tinggi kolestrol kan. ?

 

⭐ Buffet Breakfast : RM95 dewasa
Voucer yang saya redeem dari club marriot termasuk sekali breakfast. Pilihan yang ada masa breakfast agak banyak. Kalau yang nak diet, boleh petik sendiri salad, dan banyak jenis keju dan sampingan yang disediakan. Untuk peminat buffet macam saya, pastry station pasti menarik perhatian. Croissant yang lembut, perfect betul. Rendang daging 10 bintang boleh bagi, tahniah pada kitchen crew yang masak.

⭐ Dinner
Saya juga redeem voucer Club Marriot iaitu Buffet Dinner 2 pax yang berharga RM188 per adult di sini. For buffet lover, boleh saya katakan berbaloi.

 

⭐ Kekurangan
Tiada yang sempurna kat dunia ni kan. Ada sikit cacat cela. Access card yang diberi selalu ada problem. Tak dapat detect masa dalam lift dan nak masuk bilik. Tapi memandangkan kesungguhan staf yang membantu, sejuk sikit hati ni.
Lagi satu, tidur lena saya banyak kali terganggu dengan bunyi bising kenderaan. Saya bukan menetap di kota metropolitan atau bandar besar, jadi tak biasa lelapkan mata dalam suasana bising macam ni.

Kesimpulannya, ok juga staycation di The Westin KL. Cuma mungkin tak repeat lagi sebab susah nak tidur. Kalau nak merasa heavenly bed Westin, saya rasa akan guna voucer Club Marriot kat Westin Langkawi pula tahun ni. ??

Kredit: Ainul Mardhiah Kalam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 19 =

Scroll To Top