aszulqa.com

POPIA CARBONARA Tanpa Prego

Resepi popia carbonara tanpa prego antara resepi viral mudah dan sedap yang boleh dicuba. Tidak perlu risau jika tiada sos prego di rumah, korang masih boleh buat popia carbonara yang sedap dan menjadi kesukaan anak-anak. Selain sedap dimakan selepas digoreng panas-panas, boleh juga menggunakan resepi untuk untuk dibuat popia carbonara frozen untuk meniaga ataupun sebagai stok simpanan di rumah.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

BAHAN-BAHAN
?1/2 bawang Holland (potong dadu)
?3 ulas bawang putih (potong dadu)
?2 keping beef burger (boleh tukar ayam jika suka)
?7 cendawan shitake (potong dadu)
?1 batang carrot (potong dadu)
?Segenggam daun sup (hiris)
?1 cawan susu segar
?4 sb tepung gandum + air
?2 keping cheese (boleh lebihkan jika suka)
?black pepper
?Kulit popia saiz sederhana
?garam bukit

CARA BUAT Popia Carbonara tanpa prego
? panaskan butter kemudian masak beef burger
? tumis bawang putih & bawang holland sehingga naik bau
? masukkan cendawan shitake & carrot, kacau sebati
? masukkan susu segar, kacau sebati
? pekatkan sos carbonara dengan bancuhan tepung gandum (bancuh gandum + sikit air dalam bekas terlebih dahulu, kemudian baru dimasukkan ke dalam masakan supaya masakan tak berketul)
? masukkan black pepper, kacau sebati
? masukkan garam bukit
? sebelum tutup api masukkan cheese keping + daun sup, kacau sebati dalam 5 saat then terus tutup api
?dah siap sos carbonara✅
? biarkan sejuk dahulu
? kemudian dilipat sos carbonara tadi dalam kulit popia


Boleh terus goreng atau nak simpan dalam peti buat stok banyak-banyak, bila rasa nak kudap-kudap barulah digoreng. Yang nak buat popia carbonara frozen untuk berniaga pun kena simpan dalam peti juga. Resepi popia carbonara ini boleh dapat lebih kurang 20-25 batang popia carbonara. Boleh digandakan resepi di atas jika nak buat stok frozen simpan dalam peti. Anak-anak suka makan ni krup krappp krup krappp…tak sedar dah licin sepinggan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 4 =

Scroll To Top