aszulqa.com

cara buat sos sendiri…sos Mayonis, sos lada hitam dan sos cili homemade!

“ Mayonis, sos lada hitam dan sos cili semuanya saya buat sendiri..jimat!! lagi-lagi kalau buat untuk berniaga, ini semua dapat save..buat sendiri terjamin kebersihannya kan! dapat pujian sedap dan kekalkan rasanya!! Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinye ni ye ”
demikian kata empunya resepi sos buat sendiri ini.

 

Resepi sos mayonis, sos lada hitam dan sos cili homemade ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Menurut beliau kuantiti resepi yang dikongsi ini tidak banyak, sos mayonis dan sos cili boleh tahan dalam sebulan jika disimpan di dalam freezer. Manakala sos black pepper beliau tidak pasti kerana beliau berniaga jadi tidak sempat simpan lama sudah habis! Selalunya beliau akan membuat kesemua sos itu dua kali dalam seminggu. 

Resepi sos mayonis:
Bahan-bahan:
Telur 4 biji 
4 sudu besar gula 
1 sudu besar garam 
1/2 biji lemon (air perahan lemon, boleh ganti dengan 1 sudu besar cuka mkn)
2 cawan minyak masak

Cara buat sos mayonis:
1.Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak dan blend..blend sebati baru masukkan minyak dan blend hingga putih likat
2.Kemudian m
asakkan dengan api yang paling kecil dan kacau hingga pekat, jangan sampai mendidih pula ye..ikut kepekatan yang kita mahu je
3.Apabila sudah sejuk blendkan sekali lagi untuk dapatkan tekstur yang halus
4.Siap!!

 

Resepi sos black pepper:
Bahan-bahan:
2 sudu lada hitam direndam selama 4 jam (kalau nak rasa lebih pedas boleh lebihkan)  –diblend dengan air rendamannya sekali
3 sudu besar tepung gandum 
1 biji bawang holland dicincang
1 kiub ayam
1 cawan air (lebihkan pun boleh)
3 sudu besar butter
2 sudu besar sos lada hitam (taknak letak pun ok)
2 sudu kicap untuk warna

Cara buat sos lada hitam @ sos black pepper:
1.Cairkan butter
2.Masukkan bawang dan lada hitam sehingga naik bau
3.Masukkan tepung dan kacau hingga sebati
4.Masukkan air dan kiub ayam
5.Kemudian kicap untuk warna gelap yang kita mahu
6.Masuk gula jika mahu..garam dan serbuk perasa
7.Masak hingga kepekatan yang kita mahu
8.Siap!

 

Resepi sos cili thai:
Bahan-bahan:
10 tangkai lada besar dibuang biji
5 tangkai lada kecil merah (kalau nak pedas boleh lebihkan)
3-5 ulas bawang putih 
1 cawan gula (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
3 sudu atau lebih tepung jagung untuk memekatkan (bancuh bersama sedikit air)

Cara buat sos cili thai:
Masakkan semua bahan bersama.

Kredit: ibu resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − seventeen =

Scroll To Top