aszulqa.com

Pengalaman masuk sunway medical centre, selangor

Malang tidak berbau, minggu lepas suami sis accident dan mengalami kecederaan di tulang rusuk. Doktor pakar di Hospital Shah Alam mencadangkan suami supaya masuk wad di Hospital Shah Alam, tapi kami telah membuat keputusan untuk masuk wad di Hospital Sunway atau Sunway Medical Centre. Jadi doktor pakar memberikan surat rujukan untuk kami rujuk kes suami ke Sunway Medical Centre.

Setibanya kami di Sunway Medical Centre, sangkaan kami akan terus dimasukkan ke dalam wad kerana sudah mendapat rekomendasi dari doktor pakar HSA, rupanya tidak! Kami tiba lebih kurang jam 2.30 petang di kaunter perdaftaran emergency. Nurse di kaunter memberitahu bahawa suami perlu diperiksa oleh doktor Sunway Medical Centre dahulu samada dibolehkan untuk masuk wad atau tidak. Dia bertanya samada kami nak jumpa Medical Officer (MO) atau doktor pakar. Jadi kami memilih medical officer. Waktu ini hospital belum request GL (Guarantee Letter) dari insurans lagi. Katanya perlu ambil nombor dan tunggu di depan klinik MO untuk diperiksa. Maksudnya jika report MO tak mencadangkan suami masuk wad, maka kami tak boleh claim insurans kerana itu cuma dikira sebagai pesakit luar. Oh! macam tu pula….sangka kami kalau dah dapat surat rujukan pakar HSA untuk masuk wad maka hospital swasta akan terus benarkan suami masuk wad. Yelah, doktor pakar hospital kerajaan bukan suka-suka nak suruh kita masuk wad jika kes itu tak berat. 

Jadi menunggulah kami di hadapan klinik MO dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang baru dipanggil. Orang memang sesak waktu ni kerana sekarang musim influenza, kes covid19 lagi dan pelbagai kes kecemasan lain. Rasanya shopping mall pun tak sesak macamni. Memang ramai orang sakit musim influenza ni. Bukan hospital kerajaan je sesak ye, kat sini pun staff ke hulu ke hilir tak menang tangan. Walaupun staff ramai tapi pesakit juga ramai. Risau juga kita yang tiada demam ni menunggu berdekatan dengan pesakit demam lain.

Dipendekkan cerita, setelah memeriksa suami MO merujuk kes suami ke orang atasan dia iaitu doktor pakar untuk kes suami. MO agak kurang mesra alam, tapi kami fahamlah sebab pressure dia sebagai frontliners agak berat. Sunway Medical Centre ni kelebihannya ialah ramai doktor-doktor pakar dalam pelbagai bidang, boleh cek website hospital untuk lihat betapa spesifiknya bidang doktor-doktor pakar yang ada kat sini. Ini adalah salah satu sebab kami memilih Sunway Medical Centre. 

Doktor pakar turun dari bilik dia kat atas dan cek suami. Dah berusia doktornya dan peramah. Mesti banyak pengalaman, nasib baik dapat doktor pakar ni…softspoken dan boleh bertoleransi. Dia mendengar dan faham masalah kami dan memudahkan proses rekomendasi untuk suami masuk ke wad. Jadi bermula dari saat doktor pakar turun tandatangan barulah proses untuk cek GL insurans bermula ya.

 

Lebih kurang jam 5.30 petang baru bermula proses untuk check up suami. Atas arahan doktor pakar dia perlu di scan di bahagian tulang rusuk dan diambil darah. Jam 6.30 petang bila dah siap, sis dah boleh masuk bilik ‘observation bay’ untuk temankan suami. Dalam observation bay pun ramai juga orang, waktu tu suami atas wheelchair menunggu untuk ditempatkan ke bilik wad kosong kat tingkat atas. Sebelah suami ada 3 orang pesakit atas wheelchair juga yang demam. Sis punya risau takut berjangkit demam yang tak tahu demam apa mereka tu…kalau influenza risaunyalah.

Sis pernah kena 2 kali influenza sebelum ni, jadi sis tahulah betapa seksanya demam influenza ni sampai sis rasa fobia. Jadi sis tolak wheelchair suami jauh sikit dari pesakit-pesakit demam yang lain. Dah ditanya pula oleh staff dia nak ke mana….jadi sis cakaplah tunggu giliran nak naik wad yang tak pasti berapa jam lagi. Ada sorang nurse yang ‘attentive’ sikit kat situ jadi sis tanyalah boleh ke sis dan suami nak tunggu kat luar dari bilik observation bay ni. Dia cakap boleh….fuh lega sis! Dia juga ambil no hp kami dan akan call bila bilik wad dah ready. Haaaa….kan senang gitu…banyak risiko jangkitan tunggu kat observation bay tu. Bagus staff nurse tu. 

Lebih kurang jam 7.30 malam staff call dan beritahu bilik wad dah ready. Jadi bergegaslah kami kembali untuk masuk ke bilik ‘observation bay’. Jam 8.30 malam barulah suami officially check in Sunway Medical Centre. Insurans cover untuk double bedded, so ada sorang lagi pesakit lain dalam bilik tu. Bagi sis, bilik double bedded agak kecil…ID pun biasa-biasa je maklumlah hospital dah lama. Kalau nak expect cantik macam bilik hotel tu memang taklah. Jauhlah beza ID bilik dengan ID kat entrance hospital yang cantik macam shopping mall. Jadi sis dah kongsi pengalaman untuk check in Sunway Medical Centre, jadi bolehlah korang bajet berapa jam masa yang korang perlu ‘spend’ sebelum warded. Pengalaman sis bermula dari jam 2.30 petang dan selesai masuk wad jam 8.30 malam iaitu 6 jam menunggu. Sis parking kat Tower A dan bayaran untuk 6 jam parking adalah RM7.

Oh ya, sebab nak kongsi proses masuk wad Sunway Medical Centre ni kat korang…hampir lupa sis nak kongsi apa yang best kat hospital Sunway ni.

Bayangkan dari saat korang keluar dari parking kereta kat Tower A dan menuju ke Tower B untuk ke bahagian Emergency…korang mesti confuse rasa macam bukan kat hospital tapi macam kat shopping mall. Sis tak pasti tahun bila hospital ni renovate, tapi ID memang nampak macam baru, ID lawa la…kat ground floor tu ada Starbucks, Subway, 7 E, Kampung Kravers. Bestkan! 

Keesokannya sis tak dapat melawat suami kerana sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah, jadi suami kirimkan gambar makanan kat dalam hospital. Katanya makanan kat sini biasa-biasa je dan cuma ada 3 kali makan….in between tu, macam tea time ke…takde. Kasihan suami sis kelaparan, sis pula tak sempat nak hantar makanan kudapan kat suami. Lagi sis nak share…waktu proses nak discaj keluar wad, suami kena bayar duit deposit RM500 untuk persediaan jika ada apa-apa kos yang tidak akan dibayar oleh insurans kelak. Berbeza sedikit cara bayar deposit kat sini, sebab sebelum ni jika masuk hospital swasta lain deposit perlu dibayar lebih kurang RM300 sebelum dimasukkan ke wad. Tapi di Sunway Medical Centre anda kena bayar deposit waktu nak discaj keluar dari hospital. Daripada total bil lebih kurang hampir 6k, kami kena bayar kos yang tak masuk akal iaitu untuk kos ‘PPE’…insurans sendiri pun tak nak ‘cover’ kos ‘PPE’ ni sebab benda yang di caj ni tak masuk akal dan tak patut di caj pun. 

Itulah sedikit sebanyak pengalaman kami check in kat wad Sunway Medical Center, semoga perkongsiaan ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran buat korang yang baru pertama kali nak masuk wad kat sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 2 =

Scroll To Top