Mendengarkan nama kek pandan karamel sahaja sudah cukup menggiurkan, apatah lagi jika dapat merasainya. Resepi kek pandan karamel perkongsian daripada usahawan kek tersohor iaitu Azlina Ina telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Beliau meng halalkan resepi ini diguna pakai oleh sesiapa sahaja terutamanya yang ingin mencari rezeki dengan berniaga kek. Beliau turut berkongsi anggaran kos bahan-bahan untuk membuat kek pandan karamel ini. Berikut ialah anggaran kos bekas, bahan-bahan kek dan kos topping kek.
kos bahan kek:
1 bowl 7 biji telur dapat 10 bekas
kos 1 bekas untuk kek dalam 50 sen
kos bekas 20 sen :kod bekas SA10 (bekas tau fu fa rendah)
kos topping:
harga cheese 500g RM16-18
whipping dairy 250g RM8
susu pekat dan susu segar RM2
dapat 10 bekas
Kesimpulannya kos toping RM2.60 + kos kek 50 sen + kos bekas 20 sen jadi total kos RM3.30-4 dan ini adalah kos bahan sahaja belum kos lain-lain lagi.
Berikut pula ialah resepi kek pandan caramel B40 katanya
Bahan-bahan:
7 biji telur gred A atau B
180gm gula halus
1 sdb ovalate
220gm (2 cawan) tepung gandum + 1 sk baking powder (ayakkan 2 kali)
1 sdb pewarna hijau epal
2 sdb pandan coconut flavour
150g susu segar
180gm minyak masak
Cara buat kek pandan karamel:
1) Masukkan kesemua bahan ke dalam 1 bowl kecuali susu dan minyak
2) Mix slow bagi colour hijau epal pekat betukar hijau, slow masukkan susu tadi sampai habis
3) Kuatkan volume mixer dan mix sampai gebu
4) Kemudian slowkan mixer, masukkan minyak dan mix sebati
5) Masukkan adunan dalam bekas dan kukus
masa kukusan ikut besar bekas juga, bekas ni dikukus 7 minit api besar tanpa wraping
bahan-bahan topping:
500g cream cheese
160-170gm susu pekat (kemanisan ikut selera)
200gm whipping cream
300gm susu segar
Cara membuat topping:
1) Gunakan blender dan blendkan kesemua hingga sebati
2) Tuang atas kek, kemudian paipkan karamel (karamel beli je kat bakery) tabur hiasan dan hawaian coconut. Siap untuk dijual!
Kredit: Azlina Ina