aszulqa.com

Mudahnya resepi sandwich telur…buat sendiri lebih jimat

Di dalam situasi kenaikan harga barang yang sangat terasa dalam tempoh sebulan dua kebelakangan ini, banyak belanja yang perlu kita teliti balik. Apa yang boleh kita jimat, kita cubalah untuk berjimat. Contohnya belanja makan sekeluarga. Jika sebelum ini kita sering makan di luar atau banyak membeli makanan luar apa kata kita cuba buat resepi yang mudah-mudah dahulu untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga.

Pasti ramai yang pernah membeli sandwich telur di kedai serbaneka dan selalunya mudah didapati di perhentian petrol pam. Bagi yang nak cepat pergi kerja, inilah breakfast yang paling mudah dibeli, sambar dan bayar sahaja. Makan sahaja sandwich telur ini di dalam kereta untuk breakfast pun dah boleh kenyang. Mudah pula tu, tak perlu fikir nak guna sudu, nak tuang kuah dan sebagainya. Sebenarnya, untuk membuat sandwich telur ini adalah semudah A,B,C. Tidak perlulah kita membuatnya di waktu awal pagi jika kesuntukan masa untuk ke tempat kerja. Boleh buat di malam hari kemudian simpannya di dalam peti. Esoknya bila nak ke tempat kerja, terus sambar dan bawa ke tempat kerja. Mudah bukan?

 

Bahan-bahan:
Telur rebus
Mayonis
Lada Sulah
Salad
Roti Keping
Majerin

 

Klik sini untuk tutorial cara buat sandwich telur. Sandwich telur mayonis ini bukan sahaja sesuai dibuat sarapan pagi malahan sesuai dibuat makan tidak mengira waktu. Buat bekal sekolah anak pun boleh. Cubalah, pasti anda tak menyesal!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × three =

Scroll To Top