aszulqa.com

Nasi Lemak Viral Shah Alam

Nasi lemak ialah makanan kegemaran rakyat Malaysia yang dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi kini tidak lagi. Nasi lemak sudah menjadi hidangan kegemaran ramai tidak mengira waktu makan, ia mudah didapati baik untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. 

Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa dimana santan inilah yang membangkitkan rasa lemaknya. Bagi menambahkan lagi aromanya, daun pandan akan dimasukkan ke dalam nasi lemak. Kebiasaannya juga bahan-bahan penambah kesedapan nasi lemak seperti hirisan bawang merah dan hirisan halia akan dimasak bersama. Cara masak dan resepi nasi lemak penuh klik sini.

 

Kebelakangan ini hangat lalulang di media sosial Nasi lemak Viral Shah Alam iaitu Nasi Lemak Tamparuli @ Nasi Lemak Jambatan Tamparuli @ Tamparuli Nasi Lemak. Nasi lemak Tamparuli terletak di seksyen 18 dan dimiliki oleh melayu muslim berasal dari Sabah.

 

Terdapat pelbagai menu nasi lemak tamparuli, harga bermula serendah RM4 untuk nasi lemak biasa. Menu nasi lemak special seperti nasi lemak sotong berempah crispy (RM17) dan nasi lemak udang berempah crispy (RM17). Selain itu ada juga nasi lemak rendang kerang (RM9), nasi lemak ayam dara berempah (RM10), nasi lemak sambal paru (RM9), nasi lemak sambal sotong (RM9) dan lain-lain lagi. Harga dan menu nasi lemak Tamparuli boleh rujuk pada gambar di atas.

 

Packaging nasi lemak Tamparuli telah di upgrade seperti di atas bersesuaian dengan harga. 

 

Nasi lemak tapau Tamparuli ni kami beli 2 jenis iaitu nasi lemak ayam dara berempah dan nasi lemak sambal paru. Tiada tempat duduk makan, jadi kesemua yang datang hanya boleh bungkus bawa balik makan.

 

Nasi lemak ayam dara berempah seperti gambar di atas, portionnya banyak. Warna sambal pun mengancam, cuma kalau makan sambal nasi lemak Tamparuli ni sila sediakan air siap-siap sebab sambalnya agak pedas. Bukan sambal yang pedas-pedas manis tu.

 

Ini pula nasi lemak sambal paru, sama juga…portionnya memang banyak. Satu yang kami boleh puji Tamparuli nasi lemak ini ialah nasi nya yang betul-betul berasa nasi lemak….cukup lemak santannya dan lembut. 

 

Terletak di kawasan sekitar perumahan seksyen 18 Shah Alam dan bertempat di gerai MBSA, untuk sesiapa yang berhajat untuk merasa nasi lemak tamparuli ini, lokasi dan alamatnya adalah seperti berikut:

Gerai No 1,

Jalan Ibus 18/40,

Section 18, 40200 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi:
Selasa – Ahad: 6 pagi – 10.30 pagi
Tutup! Hari Isnin

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + nine =

Scroll To Top