aszulqa.com

petua menurunkan darah tinggi

Makanlah cincau untuk menurunkan paras tekanan darah tinggi anda. Petua menurunkan darah tinggi ini dikongsi oleh Ida Shahida. 
Saya tiada darah tinggi sebelum ini tapi tiba tiba darah saya naik. 3 bulan berturut turut, susahati dibuatnya….tambahan dr.kata kalau sekali lagi mai tekanan darah tak turun juga, kena makan ubat.

Ceritanya macam ini:
Bermula bulan 7 lagi tekanan darah saya tiba tiba jadi 90. Pastu bulan 8 saya cek lagi naik jadi 91. Pastu bulan 9 saya cek lagi masih 90. Pastu bulan 10 cek lagi 91. Pastu pertengahan oktober cek lagi 91. Doktor kata kita tengok semula bila datang bulan november nanti. Saya balik rumah terus makan cincau. Selama 3 hari berturut turut.Hari ke 4 saya demam .Jadi saya terus jumpa doktor sebab nak ambil ubat demam. Dr. ambil tekanan darah.doktor terkejut sebab turun jadi 86. Pastu saya demam dan batuk. 
 
Saya amalkan juga minum cincau tapi 3-4 hari sekali sebab saya masih selsema dan batuk batuk. Kemudiaan setelah 3 minggu berlalu saya jumpa doktor semula??❤️❤️Dr. kata alhamdulillah…darah dah kembali normal dan bacaan cantik iaitu 122/72 ( lihat yang bawah), sekarang dah 72. Syukur alhamdulillah pada Allah. Minumlah lengkong/cincau untuk menurunkan tekanan darah tinggi anda. Satu bungkus kecik + air (1/3 dari cincau) = kisar dan minum semua sekali. Saya dah cuba terbukti amat berkesan dan diluar jangkaan .Alhamdulillah.
 
Cara minum:
-Mula minum setiap hari. sehari sekali selama 4 hari
-Pastu selanglah 2 hari sekali.
-Selepas tu kalau nak 3-4 hari sekali pun boleh..supaya tekanan darah anda maintain.
-Boleh minum mengikut keperluan anda.
-Lenkong/cincau bungkusan kecil untuk perempuan-1 bungkus sekali makan.
Yang dibawah ini ialah cincau tanpa gula, kalau tak ada cincau yang bergula pun boleh dan tetap mujarab juga.
No photo description available.
 
** kalau demam, batuk atau selsema jangan makan cincau sebab sejuk**
Cincau hitam adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan pada cincau hitam:
-Menjaga sistem penghadaman agar dapat berfungsi dengan baik.
-Menyejukkan suhu badan
-Dapat mengatasi masalah sembelit
-Melegakan kembung perut akibat angin
-Meredakan cirit-birit
-Merawat tekanan darah tinggi
-Melegakan sakit batuk
-Mencegah dan menghalang tumor dan kanser
-Dapat menyerap gula dalam badan dengan baik yang amat sesuai untuk pesakit diabetes
-Dapat menurunkan tekanan darah sesuai untuk penyakit berkaitan kardiovaskular seperti penyakit jantung atau darah tinggi.
-Makanan yang baik untuk orang sedang dalam program berdiet

 

Kredit: fb Ida Shahida
 
 
 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 5 =

Scroll To Top