RESEPI NASI MINYAK ala KENDURI KAHWIN yang sedap dan mudah. Kali ni kami akan kongsi cara masak nasi minyak menggunakan beras basmati dan pelbagai lagi tips memasak nasi minyak yang lembut, gebu dan fluffy.
Kini tak perlu tunggu kenduri kahwin pun dah boleh makan nasi minyak ni, anak dara & bujang pun boleh buat ni jika follow resipi nasi minyak mudah kat bawah
::: BAHAN-BAHAN:::
4 pot beras basmathi (extra long)
minyak masak
3 sb minyak ghee @ minyak sapi
1 bawang merah besar (hiris mayang)
3 ulas bawang putih (hiris mayang)
1 inci halia (hiris mayang)
3 simpul daun pandan
Rempah 4 sekawan (kayu manis, biji pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
2 genggam kismis
1 genggam gajus
1/2 tin susu cair
sedikit garam
Air (ikut sukatan biasa masak nasi)
pewarna kuning *optional
:::CARA MASAK NASI MINYAK:::
Rendam beras basmathi 1/2 jam kemudian toskan
Panaskan minyak masak dalam kuali & masukkan minyak ghee
Masukkan rempah 4 sekawan & daun pandan
Tumiskan semua bahan hirisan hingga naik bau
Masukkan susu cair & air secukupnya
Masukkan sedikit garam
Bila dah mendidih masukkan kismis & gajus
Masukkan juga beras basmati yang telah ditoskan tadi
Kacau-kacau manja sekejap kemudian tutupkan api (jangan kasar takut nasi patah)
Pindahkan masakan tadi ke rice cooker, tambahkan air ikut sukatan masak nasi macam biasa
Masak dalam rice cooker macam biasa
Bila dah masak boleh tambahkan 3 titik pewarna kuning *optional
Sedia dihidang!
Kredit Resepi Dr. As Zulqa
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)