aszulqa.com

Berbuka Puasa & Makan di Ole-Ole Bali Empire Shopping Gallery, Subang

Weekend aritu kami decide nak berbuka puasa & makan di Ole-Ole Bali Empire Shopping Gallery, Subang sempena meraikan birthday boy. Kebetulan Ole-Ole sedang ada promosi untuk birthday person iaitu Ole-Ole Bali free nasi campur. Ye FREE, ole-ole bali akan bagi free nasi campur berharga RM39 untuk birthday person jika datang makan di ole-ole bali pada tarikh lahir. Ingat ye! kena datang makan hanya pada tarikh hari lahir, kalau tarikh lain dalam bulan yang sama dah tak sah promosi ni. Syaratnya senang aje, datang makan di ole-ole bali pada tarikh hari jadi & kena tunjuk ic untuk membuktikan memang betul tarikh hari lahir kita tu…then kata nak claim untuk free nasi campur birthday.

 

pandangan dari luar ole-ole bali empire

 

Sebelum datang sis dah telefon ingatkan nak booking awal-awal tapi tak berangkat pula. Then sis tengok kat fb ole-ole empire ada tulis no reservation during ramadhan, so sis fikir kena datang awallah walk-in je.

Jadi, hari Sabtu dalam pukul 6 sis dah sampai kat depan ole-ole empire. Sis tengok meja makan tak penuh pun then dekat kaunter depan tu ada satu buku penuh dengan nama & no hp customers. Staff cakap ole-ole dah penuh takleh masuk, kalau nak makan datang pukul 8 baru ada tempat katanya. Sis pun heranlah, katanya takleh buat reservation tapi buku dah penuh dengan senarai reservation….sis datang walk-in awal pukul 6 semata-mata nak reserve tempat tapi takleh masuk pulak. Memandangkan dah sampai sis redha je lah, bulan-bulan puasa ni kena banyakkan bersabar…tak gitu. Jadi sis beredar dari situ & datang balik nanti pukul 8 malam.

Dipendekkan cerita, dalam 7.45 malam sis dah terpacak depan ole-ole bali empire….kesian anak-anak pun dah bising kelaparan. Buka puasa dengan air & roti je tadi. Rupanya bukan sis sorang beratur, ada beberapa orang lagi dok beratur kat situ. Beraturlah sis kat situ, lebih kurang pukul 8malam ada customer dah beredar keluar dari ole-ole bali empire….maka dapatlah sis peluang duduk kat meja tu.

Sis malas nak cerita panjang, sis tau korang nak tahu ole-ole bali menu kan…..gigihlah sis snap ole-ole bali menu ni untuk korang. Kat ole-ole menu ni dah siap ada harga makanan dan minuman sekali…check it out! (sorrylah kalau tak berapa clear sebab lighting kat ole-ole ni memang ala-ala romantik, lagipun sis amek ni masa tengah beratur kat depan kaunter…perut pun kelaparan).

 

\

 

Sempena bulan ramadan ni, ole-ole ada promosi makanan set untuk berbuka puasa…ni ala-ala buffet ramadan la, tapi menu dah fix tak boleh pilih-pilih. Nama promosi tu jamuan ole-ole berharga RM162.90 untuk 4 orang makan. Besar portion main dish ole-ole bali ni, jadi sis rasa…bukan takat 4 orang je boleh makan ni…..boleh pegi sampai 6 orang untuk habiskan makanan ni. Kalau tak cukup air nanti korang top-up lah air lain or just minta jer plain water (FOC).

Nanti sis sambung lagi cerita berbuka puasa di ole-ole bali empire subang ni….sis terkejar-kejar masa nak gi check in untuk staycation & buffet ramadan kat salah satu hotel kat shah alam. Nak tahu kat mana? tunggu lepas sis check out nanti sis buat review ok

Scroll To Top