aszulqa.com

MANFAAT CHINESE SKULLCAP (Scutellaria Baicalensis)

Jom lihat apakah manfaat dan kelebihan chinese skullcap.

Disebalik namanya yang unik, Chinese skullcap telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional di China, Jepun, Korea, India, Eropah & Amerika Utara. Terdapat kira-kira 300 spesis skullcaps yang mana mempunyai pelbagai jenis flavonoids dan ‘phytochemical’ yang membantu melegakan pelbagai masalah kesihatan juga kecantikan kulit.

Chinese Skullcap atau nama saintifik Scutellaria Baicalensis, juga dikenali sebagai Huang Qin di dalam perubatan Cina.

Antara kelebihan Baicalin:

♥ Membantu membaiki kerosakan DNA supaya sel-sel kulit tetap muda & sihat.

♥ Memperbaharui sel-sel kulit

♥ Membantu menganjalkan kulit

♥ Melindungi sel-sel kulit dari kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan awal kulit.

Boleh juga rujuk disini untuk melihat kelebihan Baicalin https://www.lorealparisusa.com/ingredient-library/baicalin.aspx & https://www.skinceuticals.com/skin-care-ingredients/baicalin

 

 

 

Chinese Skullcap (Scutellaria Baicalensis) untuk keremajaan kulit.

Read more

MANFAAT JAPANESE KNOTWEED/ FALLOPIA JAPONICA (Polygonum Cuspidatum)

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apa manfaat Japanese Knotweed ini untuk kulit ?

Japanese Knotweed atau juga dikenali sebagai Fallopia japonica adalah tumbuhan yang berasal dari Asia Timur di Jepun, China dan Korea. Di Amerika Utara dan Eropah, spesies ini berjaya ditumbuhkan di banyak habitat dan dikelaskan sebagai spesies invasif di beberapa negara. Nama botani atau nama saintifiknya ialah Polygonum Cuspidatum.

Ini adalah daun dan bunganya yang merimbun
Ini adalah batangnya yang berupa seperti batang buluh

Nutrient utama dalam Japanese Knotweed ialah RESVERATROL.

Japanese knotweed adalah salah satu sumber resveratrol terbaik selain daripada anggur.

RESVERATROL ini berfungsi sebagai antioksida yang sangat bagus untuk meneutralkan radikal bebas yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kulit seperti kulit kusam dan cepat nampak tua. Dalam kata lain, japanese knotweed berupaya menjadi bahan untuk anti penuaan yang melambatkan proses penuaan kulit.

Selain untuk kesihatan & kecantikan kulit, japanese knotweed juga ada diformulakan di dalam makanan kesihatan.

Lihatlah, betapa hebatnya manfaat japanese knotweed ini untuk kecantikan & kesihatan kita.

 

CARA MENGGUNAKAN SKINCARE SECARA BERKESAN DAN SELAMAT

Jom ikuti cara penggunaan betul supaya SKINCARE yang kita guna menjadi skincare yang paling berkesan dan selamat!
.
.
Pernah tak kita beli produk, lepastu rasa produk tak berkesan… kita tukar beli lain. Tak berkesan, tukar lagi beli lain. Sampai kita rasa susahnya nak cari produk yang sesuai. 
.
.
Kadang-kadang bukan salah produk, tapi salah cara kita jaga kulit muka.

Perkara paling basic kena jaga & buat dengan betul adalah cara kita mencuci muka.

Setiap hari kita CUCI MUKA kan?
.
.
Ikuti langkah-langkah berikut supaya skincare yang kita pakai betul-betul dapat meresap dalam kulit muka untuk membaikpulih kulit kita dari dalam.

1. Bersihkan muka dari mekap seharian even kita hanya pakai selapis bedak atau selapis foundation sahaja.

2. Gunakan olive oil atau makeup remover untuk tanggalkan kesemua bedak/foundation, lipstick atau apa saja mekap seperti maskara, eyeliner, eyeshadow, blusher dan sebagainya.

3. Kemudian cuci muka dengan  pembersih muka (cleanser), contohnya cleanser Cetaphil (recommended by dermatologist)

4. Guna face cotton untuk tone kan kulit dengan toner. Jika masih ada sisa mekap, kita boleh lihat kesan pada face cotton.

5. Pakai serum muka untuk merawat kulit muka dari dalam.

Scroll To Top