aszulqa.com

Resepi Nasi: Nasi Arab dengan Rempah Nasi Arab Homemade

Resepi nasi dengan citarasa Arab, kali ini kami bawakan resepi nasi arab ayam mandy menggunakan rempah nasi arab ‘homemade’. Resepi viral mudah dan sedap nasi arab ayam mandy ini sangat sedap dimakan bersama sup, salatah @ salad dan sambal nasi arab.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

 

Walaupun tanpa rempah nasi arab peket atau rempah nasi arab readymade, kita tetap masih boleh masak nasi arab dengan sedapnya. Sebenarnya kebanyakan bahan-bahan rempah nasi arab buat sendiri adalah bahan kebiasaan di dapur sahaja. Bahan-bahannya tidaklah susah, cuma memerlukan sedikit kerajinan untuk memasak nasi arab ni sebab ia perlu dihidang dalam satu set yang lengkap.

 

Cara buat rempah mandi atau cara buat rempah nasi arab sendiri rupanya mudah sahaja jika follow resipi di bawah:

A] BAHAN-BAHAN rempah mandi @ rempah nasi arab
-1 sb biji ketumbar
-1 sb jintan manis
-1 sb jintan putih
-1 sb lada hitam
-1/2 sb cengkih
-1/3 sb biji pelaga
-1 batang kulit kayu manis

Cara buat rempah mandi atau cara buat rempah nasi arab sendiri cuma perlu goreng tanpa minyak atau sangai kesemua bahan di atas sampai naik bau, kemudian biarkan sejuk seketika. Lepas dah sejuk barulah kisar kering atau kisar tanpa air kesemua bahan.

B] BAHAN-BAHAN air rebusan ayam @ sup nasi arab
-1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
-rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga & cengkih)
-1 bawang merah (hiris mayang)
-2 ulas bawang putih (hiris mayang)
-2 inci halia (hiris mayang)
-air
-1 sb biji ketumbar
-1 sb jintan manis
-1 sb jintan putih
-1 sb lada hitam
-garam

CARA MASAK sup @ air rebusan ayam
-tumiskan rempah 4 sekawan
-kemudian masukkan hirisan bawang merah & putih
-masukkan air
-masukkan hirisan halia
-masukkan biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam
-masukkan ayam
-perasakan dengan garam
-bila ayam dah separuh masak, angkat dan toskan
-sediakan ayam untuk dibakar

 

C] BAHAN-BAHAN ayam bakar mandy
-ayam yang telah direbus & ditoskan
-serbuk rempah homemade nasi arab
-serbuk kunyit
-serbuk kari
-minyak zaitun

cara masak ayam bakar mandy…lumurkan sekata kesemua bahan-bahan di atas pada keseluruhan ayam kemudian boleh diperap dahulu atau terus bakar dalam oven suhu 180c selama 30minit.

D] BAHAN-BAHAN nasi arab
-7 pot beras basmathi (basuh & rendam 30minit kemudian toskan)
-1/2 biji bawang holland (potong dadu)
-1 cili hijau (potong dua)
-7 ulas bawang putih
-2 sb serbuk rempah homemade nasi arab
-2 sb minyak sapi -pewarna kuning

Cara masak nasi arab
-tumiskan bawang putih, bawang holland & cili hijau
-masukkan serbuk rempah homemade nasi arab, kacau sebati
-masukkan air rebusan ayam & perasakan dengan garam
-pindahkan ke dalam rice cooker yang telah berisi beras basmathi
-tambahkan air rebusan ayam hingga ruas pertama jari
-masak dalam rice cooker seperti biasa
-setelah masak buka penutup, masukkan 2 sb minyak sapi ke atas nasi
-buatkan lubang dalam nasi dan titikkan pewarna kuning
-tutup nasi dan biarkan keep warm lagi 10minit sebelum dihidang

E] BAHAN-BAHAN sambal nasi arab
-7 cili padi
-2 cili merah
-5 ulas bawang putih
-daun ketumbar
-air rebusan ayam
-garam
-gula

Cara buat sambal nasi arab perlulah dikisar kesemua bahan kemudian siap dihidang.

F] BAHAN-BAHAN salatah @ salad nasi arab
-timun
-tomato
-bawang holland
-gula
-garam
-lemon

Cara buat salatah @ salad nasi arab…potong dadu kesemua bahan kecuali lemon. Campurkan kesemua bahan kemudia perahkan lemon (buang biji) dan gaul sebati.

G] SUP NASI ARAB
-tapiskan air rebusan ayam tadi, asingkan kesemua rempah kasar
-bila dihidang, taburkan hirisan daun sup

Cara masak nasi arab klik sini. Cubalah resepi nasi arab simple ini, sedap dimakan dan dihidang di atas talam.

 

Scroll To Top