aszulqa.com

Resepi Ketam Masak Kari Tomyam “KARITOM” by As Zulqa

Ketam masak apa sedap?
Ketam selain sedap dibuat ketam masak rempah, ketam masak telur, ketam masak lemak, ketam masak butter, ketam masak 3 rasa, sup ketam dan ketam masak kari…apakata cuba resepi ketam olahan Dr. As Zulqa ni iaitu ketam masak kari tomyam atau diberi nama ketam “KARITOM”.

Ianya bukan ketam masak kari biasa, tapi rasa kari yang digabungkan dengan rasa tomyam. Boleh bayangkan rasa kari bila bergabung dengan rasa tomyam…lain dan sedap! Resepi ketam masak simple ni bukan sahaja mudah dan sedap tapi juga masa penyediaannya cepat dan ringkas, tak perlu berlama-lama di dapur untuk ibu sibuk yang sentiasa mengejar waktu tak kiralah ibu bekerjaya mahupun suri rumah.

 

BAHAN-BAHAN
-3 ekor ketam
-1 bawang merah
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 tangkai daun kari
-4 sb serbuk kari
-1 peket perencah tomyam
-garam

Scroll To Top