aszulqa.com

Buffet Ramadan 2021 @ Hotel Best Western i-City Shah Alam

Kami sekeluarga bekesempatan untuk berbuka puasa di Buffet Ramadan 2021 di Hotel Best Western i-City Shah Alam pada hari Ahad yang lepas.

Bila cerita tentang buffet ramadan, sis tahu korang mesti nak dengar review tentang menu buffet ramadan 2021 kat best western i-city ni kan. Jadi straight to the point…antara menu buffet ramadhan 2021 di Hotel best western i-city yang menarik perhatian sis seperti kambing grill, salmon percik, dessert seperti kek durian, kek cheese, kek tiramisu, keropok lekor dan kaunter celup tepung & pelbagai kuih muih tradisional melayu juga coklat fountain. Kesemua menu yang sis sebut ni memang sedap & up to standard hotel especially kambing grill tu bila dimakan bersama dengan sos bbq & sos blackpepper. Sos kat kaunter bakar-bakar ni pun pelbagai, boleh pilih ikut kesukaan masing-masing.

kari kambing untuk nasi briyani
salmon percik & kari kepala salmon
kek yang sangat sedap seperti durian cake, cheese cake, tiramisu & pelbagai kuih muih yang cukup lemak manisnya
menanti azan maghrib

Menu buffet ramadhan 2021 di Hotel best western i-city yang biasa-biasa & ada di kebanyakan hotel lain macam kaunter buah-buahan, jeruk, kerabu, pelbagai jenis roti, kerepek, pelbagai air kordial, abc, aiskrim. Oh ya! teh tarik takde…sepatutnya kena adakan. Teh o panas memanglah ada, tapi kena tambah fresh milk sendiri untuk dijadikan teh tarik….erm, itu dah tak nama teh tarik…itu namanya teh susu & rasanya takkan sama macam teh tarik.

 

buah-buahan & hujung tu coklat fountain
dari hujung kanan kerabu, rojak buah, ikan masin & ketupat….tapi ketupat tu keras sedikit & takde rendang cuma ada serunding je
pelbagai jenis roti…tapi supnya takde, yang bekas hitam tu bubur berempah macam bubur lambuk

Apa yang boleh sis katakan, menu buffet ramadhan 2021 di Hotel best western i-city memang pelbagai dan agak banyak. Ada yang memang sedap dan up to hotel standard tapi ada juga yang kurang sedap not up to hotel standard. Sis agak kecewa jugaklah bila makan menu yang tawar….bukan 1 menu tapi ada 3 jenis menu yang tawar macam kari kepala ikan salmon (ni menu special hotel, sepatutnya kualiti kena jaga up to hotel standard), bubur pulut hitam & bubur berempah. Laksa penang cair, nasi briyani pun kureng….laukpauk untuk nasi putih pun kurang menarik bagi sis.

Ok cukuplah untuk menu buffet ramadhan 2021 di Hotel best western i-city, sis nak cerita tentang susun atur tempat duduk guest pula. Sebenarnya cafe kat hotel best western i-city tak besar mana. Bahagian dalam hotel yang ber aircond tu dah dipenuhi guest yang hanya datang untuk buffet ramadan semata-mata. Macam kami yang ambil pakej MTT ni, kebanyakannya ditempatkan kat bahagian luar bawah khemah. Pendek kata, bahagian outdoor kat rooftop cafe ni memang fully occupied dipasang dengan khemah-khemah untuk guess hotel yang kebanyakannya ambil pakej staycation MTT. Pakej MTT Hotel Best Wester i-city ni adalah pakej penginapan di hotel beserta dengan buffet ramadan + sahur untuk 2 pax sahaja. Kalau anak-anak atas 6 tahun nak makan buffet ramadan sekali kenalah tambah duit. Bagi kami memang kurang selesalah makan kat outdoor bawah khemah sebab feel makan kat hotel tu dah takde.

 

meja kami paling hujung khemah, dah tak rasa feel macam makan kat hotel

Read more

Scroll To Top