aszulqa.com

AYAM GORENG KUNYIT MACAM KAT KEDAI: Berebut Anak-Anak Makan

” Nak ayam goreng kunyit macam kat kedai”
Itulah selalunya permintaan anak-anak bila nak minta mama nya masakkan ayam goreng kunyit kat rumah. Tapi setiap kali masak, anak tak berebut-rebut pun nak makan macam makan ayam goreng kunyit kat kedai.

 

 

Setiap kali makan malam kat kedai, anak-anak suka order sup tulang atau sup cendawan, sayur campur digandingkan dengan ayam goreng kunyit. Berebut-rebut diorang makan ayam goreng kunyit tu, macam ketagih pun ada. Musim pkpb lepas sebab dah tak boleh makan kedai & risau juga nak tapau, mama pun usahakan lah juga godak-godak resepi bagi jadi macam kat kedai.

Rupanya, tak susah pun nak masak ayam goreng kunyit viral macam kat kedai. Sonang ajo, kalau tahu caranya. Selama ni mama cuma letak serbuk kunyit & garam aje kat ayam….patutla tak sedap macam kat kedai. Rupanya ayam tu kena salut dengan tepung dulu…kemudian tak cukup hanya gaulkan dengan serbuk kunyit sahaja, kena gaulkan sekali dengan serbuk kari. Haaa…baru padu rasa ayam goreng kunyit viral tu

 

 

Nak senang faham step masak ayam goreng kunyit viral simple dan sedap, subscribe je sini

 

BAHAN SALUTAN AYAM

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
  • 3 sudu besar tepung bestari original
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
    **gaul & salutkan ayam dengan tepung bestari, serbuk kunyit & serbuk kari

BAHAN-BAHAN LAIN

  • 1 biji bawang holland (dipotong)
  • 2 batang carrot (potong memanjang)
  • kacang panjang (takde stok, jadi saya tak letak)

CARA MEMASAK
1.Gaulkan kesemua potongan ayam bersama tepung bestari, serbuk kunyit & serbuk kari kemudian goreng sehingga kuning keemasan & ketepikan (seeloknya goreng deep fry)
2.Buang separuh dari minyak masak deep fry tadi dari kuali
3.Kemudian gorengkan bawang holland hingga layu, setelah itu masukkan potongan carrot
4.Kemudian tuangkan ayam goreng bersalu tepung tadi ke dalam kuali &
5.Perasakan dengan sedikit garam bukit

Ayam goreng kunyit sedap dimakan bersama nasi panas, sup tulang, sup sayur, sup campur, sup cendawan bersama sambal belacan. Nak lagi simple & sedap, makan je ayam goreng kunyit ni bersama sambal belacan power tuang sikit kicap pun dah meletop. Fuh! menu evergreen si bujang juga seisi keluarga.

Scroll To Top