aszulqa.com

SAMBAL PETAI SOTONG @ Sambal Sotong Petai

Masak sambal sotong mesti lagi sedap jika digandingkan dengan petai. Sambal sotong petai menjadi lebih istimewa jika sotong dipotong menjadi bentuk bunga, kena lihat video bawah sampai habis untuk belajar teknik potong sotong bunga.

Peminat petai mesti sangat sukakan resipi ini. Salah satu tips untuk mengurangkan bau petai yang dimakan mentah begitu sahaja ialah dengan memasukkan petai ke dalam masakan supaya bau petai tidak terlampau kuat nanti. Peminat petai juga mesti sukakan aroma petai yang bergabung dengan masakan sambal.

 

*BAHAN-BAHAN sambal sotong petai
-2-5 ekor sotong (saiz L/ besar)
-2 genggam petai
-2 biji bawang merah besar (1 biji dihiris mayang & 1 biji dihiris bulat-lihat video)
-asam jawa + air (pes asam jawa)
-4 sb gula merah atau boleh guna gula melaka
-garam

*BAHAN KISAR sambal tumis
-10 tangkai cili kering (direbus dahulu)
-1 biji bwang merah besar
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − nine =

Scroll To Top