aszulqa.com

resepi spicy korean chicken yang boleh dibuat sendiri kat rumah

Ayam goreng pedas ala Korea ataupun spicy korean chicken yang menjadi kegemaran remaja zaman ini, kini boleh dibuat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya, dan bahan-bahannya senang didapati di Malaysia ini walaupun namanya ayam goreng Korea.

Spicy korean chicken ini adalah perkongsian fbΒ Rozlyn Farah Diana dan telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Spicy korean chicken πŸ”

Bahan-bahan:

🐣 Drummet/chicken wings
🐣 Tepung goreng bistari (i guna yang spicy baru rasa lagi kick pedas tu)
🐣 Blackpepper
🐣 Serbuk cili
🐣 Bawang putih (blender)
🐣 Cili kisar
🐣 Lemon
🐣 Madu
🐣 Sos tomato

cara buat spicy korean chicken:
πŸ— Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yang dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu.
πŸ— Salutkan ayam yang diperap tadi dalam tepung goreng bistari yang kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi.
πŸ— Sangai bijan dalam kuali. Agak-agak dah perang ketepikan bijan tu.
πŸ— Untuk sos pulak, tumis bawang putih yang dikisar tadi bersama cili kisar. Agak-agak cili kisar dah garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon boleh. πŸ— Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak-agak la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi sour korean chicken pulak bukan spicy 🀣
πŸ— Agak-agak sos dah gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yang disangai tadi bersama ayam yang dh siap digoreng tadi.
πŸ— Gaul-gaul sampai melekat betul-betul sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. I tak letak sebab tak de daun bawang kt rumah. Makan macam tu pon dah best dah.

Kredit: Rozlyn Farah Diana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − 1 =

Scroll To Top