aszulqa.com

PUNCA MUKA BREAKOUT

MUKA BREAKOUT ???

Jom kenal pasti penyebab muka breakout

1. Pakai produk tak sesuai

Kita tahu kondisi kulit muka kita sebelum Ini. Jadi, kita boleh detect jika produk yang kita baru pakai sesuai atau tidak dengan kulit kita. Terutamanya produk dengan bahan-bahan sintetik yang kita tak pernah guna selama ini (boleh check full ingredients pada label produk)

2. Pakai produk expired

Jangan pandang enteng pada tarikh expired produk, even hanya pada loose powder yang kering. Produk skincare & mekap yang dah expired jangan di cuba-cuba pakai lagi walau sekali dua pun. Sebab ini akan menyebabkan jerawat naik di muka, especially di bahagian muka yang tak pernah naik selama ini, inilah antara punca muka breakout terjadi.

3. Pakai foundation/ bedak dengan spf 50+++

Sebenarnya, pakai produk dengan spf 50++ tu tak salah, yang salahnya bila kita tak buat ‘double cleansing’. Tak remove mekap betul-betul maksudnya. Setakat pakai pencuci muka sahaja tidak mencukupi. Pertama sekali kita perlu buang mekap menggunakan makeup remover atau menggunakan oil cleansing method, kemudian baru dicuci dengan pencuci muka (cleanser). Selepas double cleansing, untuk mengetahui muka betul-betul bersih atau tidak, ambil face cotton then sapu ke muka dengan toner. Jika tiada apa-apa sisa pada face cotton, bermakna betullah muka kita sudah bersih sepenuhnya. Kena maintain buat double cleansing setiap hari. 

Setelah mengetahui punca muka breakout, maka senanglah untuk kita cari cara mengatasinya. Tips handle breakout bakal menyusul, jangan lupa share posting ini di wall anda 😉

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 15 =

Scroll To Top