aszulqa.com

cara menaikkan followers facebook FREE

Kali ini kami akan kongsikan cara mudah menaikkan followers facebook secara free. Cara menaikkan followers facebook mudah ini boleh diguna pakai untuk facebook page mahupun facebook personal. 

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

 

Cara pemasaran kini sudah jauh berubah berbanding beberapa tahu yang dulu. Kuasa sosial media sangat mempengaruhi dunia pemasaran baik luar mahupun dalam negara. Individu dan syarikat yang pantas menguasai sosial media maka akan pantas juga menguasai pasaran perniagaan mereka. Antara platform sosial media yang masih relevan sehingga kini ialah facebook. Salah satu cara bisnes di facebook adalah dengan mempunyai followers yang ramai. Secara logiknya, lebih ramai followers fb maka lebih banyak ‘engagement’ akan berlaku…dan daripada situlah anda boleh gunakan pelbagai cara untuk capai objektif anda mewujudkan sesuatu fb page. Teknik ini juga bukan sahaja berkesan untuk bisnes online, tetapi juga untuk ‘content creator’ yang ingin menguasai dunia digital.

Rahsia dan tips menaikkan followers facebook secara PERCUMA ini adalah hasil ujikaji dan pengalaman kami sendiri di fb page Resepi Viral Mudah dan Sedap. Kami bongkarkan tekniknya seperti di bawah:

1] fb reels untuk tarik followers
Gunakan fb reels sebaik mungkin untuk menarik lebih ramai followers. ‘Create’ fb reels dengan memuat naik sebarang video yang ber durasi kurang dari 1 minit di fb anda. Pastikan ‘short video’ yang anda muat naik itu menarik dan ‘catchy’. Lebih banyak views anda dapat, berpotensi menarik lebih ramai followers. Untuk naikkan followers facebook FREE secara cepat, mendadak & drastik, views daripada fb reels anda perlu mencapai 1 juta tontonan/ views. Bukan mudah untuk dapat tapi bukan mustahil juga. Namun, jangan risau jika fb reels anda tidak mencapai jutaan views…ratusan ribu tontonan jua masih dapat menarik ramai followers secara berperingkat. Kami sendiri sudah ujikaji cara naikkan followers fb page free menggunakan fb reels ini dan terbukti sangat berkesan! 

Lihat bukti salah satu fb reels Resepi Viral Mudah dan Sedap yang pernah mencapai 1.9 juta tontonan seperti gambar di bawah:

 

 

2] Upload konten/ posting secara kerap setiap hari
Anda perlu rajin dan paling penting konsisten untuk ‘post’ konten secara kerap dalam sehari. Mengikut pengalaman kami, dalam sehari paling minimum 10 kali anda perlu ‘post’ konten, jika lebih daripada itu lebih bagus. Konten yang di upload perlulah bersesuaian dengan ‘niche’ fb page ataupun fb personal anda. Jika fb anda ‘niche’ nya kecantikan maka kongsikanlah ilmu dan tips berkaitan dengan kecantikan, begitu juga niche kesihatan. Fokus pada niche masing-masing.

Setiap konten perlu disertakan dengan gambar sekali. Dalam kes kami, jika setiap hari konten yang di upload lebih daripada 10 maka followers juga cepat bertambah. Ada masa kami juga kekurangan idea dan konten, maka kuranglah konten yang di upload.

Walaupun banyak juga resepi yang di upload adalah kongsi semula resepi orang lain, tetapi kami memberi kredit kepada pemilik asal gambar dan resepinya. Ini adalah ‘win-win situation’ di mana, selain menaikkan ‘engagement’ fb page, dalam masa yang sama kami mempromosikan nama pemilik asal gambar dan resepinya. Selalunya mereka yang kerap dan suka berkongsi resepi ini menjalankan bisnes dari rumah. Secara tak langsung ini juga adalah FREE marketing untuk mereka.

Lagi satu, jika kurang konten yang di upload secara berterusan lebih dari 3 hari maka engagement fb anda juga akan berkurang dan followers lambat meningkat. Lagi teruk jika anda langsung tidak ‘post’ sebarang konten baru dalam masa 5 hari berturut-turut maka followers anda akan sangat sedikit bertambah. Dan jika selepas 5 hari anda konsisten balik untuk ‘post’ konten secara kerap…ia akan mengambil masa yang agak lama iaitu berminggu-minggu untuk menaikkan kembali followers secara banyak. Followers anda hanya akan bertambah sedikit sahaja dari sehari ke sehari, tidak seperti sewaktu anda kekalkan momentum untuk kerap update seperti sebelum ini.

Jika anda biasa pergi kelas atau seminar marketing untuk online bisnes, anda pasti tahu setiap ‘ilmu’ yang dikongsi itu berbayar, ada yang semurah puluhan ringgit hinggalah semahal ribuan ringgit. Namun kami berbesar hati membongkarkan rahsia cara menaikkan followers facebook FREE juga secara percuma untuk anda, paling penting ianya adalah ‘proven result’ dan bukannya teori semata-mata. Jadi, jika anda nak berterima kasih dengan kami kerana share rahsia dan tips menaikkan follower fb secara mudah dan FREE ini bolehlah tekan butang follow fb sini dan butang subscribe sini.

Kami juga sudah membuka peluang review kepada anda atau syarikat anda mempromosikan buffet hotel, restoran, kafe hipster, kedai makan, sebarang event dan sebagainya di fb page kami dan website blog ini dengan harga mampu milik. Untuk lebih advance, anda boleh memilih pakej bersekali dengan video YouTube. Boleh terus DM kami di Resepi Viral Mudah dan Sedap atau email ke aszulqa.com@gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =

Scroll To Top