aszulqa.com

apa nak buat lepas dapat kunci rumah?

Mesti ramai yang teruja selepas berjaya membeli rumah baru. Lebih teruja lagi selepas mendapat kunci rumah baru. Persoalannya ialah apa yang perlu dilakukan selepas menadapat kunci rumah baru. Jom kita baca perkongsian daripada Nur Nazihah Abd Razak tentang tips perancangan selepas mendapat kunci rumah.

Apa yang perlu dibuat selepas dapat kunci rumah? ?

1) Cek defect
Kalau nak mudah, hire home inspection. Mereka akan datang ke rumah kita dan tandakan pada kawasan-kawasan yang mempunyai defect. Lepastu developer akan datang betulkan mengikut tanda yang telah dibuat. Ini wajib taw. Sebab bila kerja reno dah start nanti baru kita perasan ada crack di dinding, pihak developer tidak akan bertanggungjawab dah. Rugi lah walaupun rumah kita dalam tempoh warranty lagi

2) Peruntukan bajet
Bajet ni kita kena asingkan siap-siap kepada 4 bahagian. Paling utama ialah kos renovation. Bagi saya biarlah kita dahulukan dulu kerja reno seperti plaster ceiling, cat, hack jika ada, flooring jika perlu, kitchen cabinet dan wiring. Sebab kerja-kerja ni melibatkan kerja-kerja yang kotor dan messy. Ia perlu dilakukan dahulu sebelum kita masuk perabot, pasang curtain dan lain-lain. Kemudian kita lihat berapa baki yang ada untuk bajet seterusnya iaitu kos decoration. Jika masih ada lebihan yang banyak, kita boleh deco satu buah rumah. Tapi jika sebaliknya, utamakan ruangan yang penting dahulu. Selalunya kita akan utamakan living hall. Ketiga ialah kos barangan elektrik. Barangan elektrik seperti aircond dan kos pemasangan, lampu kipas, hood dan hob, door bell, washer machine dan lain-lain. Kos terakhir yang penting ialah kontingensi kos. Apa-apa sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang tempoh sebelum dan selepas masuk rumah. Contoh, kos tambahan yang diminta oleh kontraktor apabila ada berlaku sesuatu masalah ketika kerja renovasi dilakukan, kos tambahan diperlukan apabila ada kes kebocoran atau sebagainya. Bila kita dah asingkan peruntukkan siap-siap mengikut bahagian tadi, sekurang-kurangnya kita dapat urus bajet dengan baik dan mudah. Tidaklah duit keluar terlalu cair tak ketahuan?

3) Lakar layout ikut tema
Sebelum kita nak lantik mana-mana kontraktor kita wajib ada tema untuk rumah kita supaya kita boleh lakar layout untuk kerja renovasi dan sementara tu juga kita kena bayangkan siap-siap konsep dekorasi yang kita inginkan. Dari situ barulah kontraktor dapat buat kerja ikut kehendak kita. Tak adalah masa site visit baru nak fikir dan jadi kelam kabut nanti. Senaraikan design plaster ceiling yang sesuai, kedudukan lampu yang diinginkan, color cat, kedudukan penting untuk plug point dan sebagainya

4) Lantik kontraktor
Part ni kena betul-betul berhati-hati. Kalau ada kerja reno seperti plaster ceiling, tengok testimoni, tengok feedback customer yang lepas, tengok hasil kerja mereka. Buat research sedikit tentang kontraktor yang kita nak hire tu. Jangan pilih kerana murah, tapi hasilnya tak kualiti

5) Pantau Kerja
Sepanjang kerja dijalankan kita wajib selalu pantau kerja-kerja mereka. Pastikan mereka buat ikut perancangan, spesifikasi kerja ikut rules yang dibenarkan developer, siap kerja ikut tarikh yang dipersetujui dan paling penting finishing kerja mestilah baik. Part ni lah selalu orang tak ada masa dan malas nak urus

5) List perabot, tempah curtain dan aksesori penting
Sementara kerja renovasi disiapkan, kita boleh start tempah perabot utama, tempah curtain dan senaraikan aksesori deco yang penting bagi menaikkan seri rumah kita. Gunakan bajet kos kedua tadi. Pastikan setiap tempahan mengikut tema, pilih color yang sesuai dan jangan melebihi bajet. Kita kena pandai dan rajin buat survey kedai atau gudang perabot yang menarik. Part ni kena sabar, jangan terus pergi satu kedai dan terus grab apa yang ada je. Nak hasil yang baik mestilah ada usaha yang lebih?

6) Enjoy dengan setiap proses
Bagi saya sesiapa boleh uruskan reno dan deco sendiri. Tapi mestilah mempunyai minat, masa, seni, sabar dan perlu korbankan beberapa perkara. Ini kerana setiap proses tu bukan ambik masa sehari dua, kadang-kadang melibatkan beberapa minggu. Bukan semua ada kemampuan nak urus senarai di atas ni sendiri. Ada yang ada anak kecik susah nak bergerak sana sini, ada yang sibuk dengan kerja, ada yang kurang sabar nak layan karenah kontraktor dan macam-macam lagi situasi. Ada kes duit dah berhabis berpuluh ribu tapi hasilnya kurang menarik. Jadi, sebelum mula apa-apa rancanglah sebaiknya. Jika tak mampu nak urus sendiri, hirelah ID atau tukang deko mana-mana ? Good Luck!?

Kredit: Nur Nazihah Abd Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =

Scroll To Top