aszulqa.com

5 Jenama Kosmetik & penjagaan diri MALAYSIA yang tersenarai mendapat sijil halal JAKIM (Januari 2018)

Lambakan jenama kosmetik di pasaran Malaysia tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Setiap hari ada sahaja yang berani mengambil langkah untuk menjadi ‘brand owner’ atau ‘founder’ kepada jenama kosmetik sendiri. Justeru persaingan di dalam bidang kecantikan dan penjagaan diri adalah sangat sengit.

Mutakhir ini, kosmetik halal sering menjadi sebutan. Perkembangan kajian dan ilmu pengetahuan telah membuktikan kepentingan kosmetik halal terhadap umat Islam secara khususnya. Walaupun demikian, aplikasi kosmetik halal bukan hanya terhad kepada penganut agama Islam sahaja, malah ia telah manjadi pilihan ramai penganut bukan Islam kerana halal itu universal.

Ramai yang tidak tahu bahawa status halal sesuatu produk kosmetik itu boleh diperiksa melalui laman web DIREKTORI HALAL.

Untuk panduan bersama, di bawah ini ada disertakan beberapa jenama kosmetik dan penjagaan diri di Malaysia yang telah tersenarai mendapat sijil halal sah JAKIM bagi tahun 2018.

 

 

1) Good Virtues Co.

Menawarkan pelbagai pilihan produk penjagaan badan, wajah dan rambut.

 

 

2) AG2000

AG2000 adalah salah satu produk dari house of healing. AG2000 merangkumi produk penjagaan muka dan lipstik.

 

 

3. SimplySiti

Diasaskan oleh penyanyi terkenal tanahair Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza. Rangkaian produk mekapnya boleh didapati di banyak kedai kecantikan.

 

 

4. Zarraz Paramedical

Zarraz Paramedical adalah produk kosmetik halal gabungan dari Ayuveda + Homeopathy + Anti Aging formula.

 

 

5. Clara International

Diasaskan oleh Datin Clara Chee sejak berpuluh tahun yang lalu. Rangkaain produk kosmetik Clara International telah menembusi pasaran antarabangsa dan antara perngeksport terbesar produk kosmetik halal dari Malaysia.

 

 

 

One thought on “5 Jenama Kosmetik & penjagaan diri MALAYSIA yang tersenarai mendapat sijil halal JAKIM (Januari 2018)

  1. Quality content іs tthe main to be a focus fߋr thee visitors tߋ ggo tο seee
    thee web site, tһɑt’s whnat this web paɡe iѕ providing.

Leave a Reply to t shirts Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × four =

Scroll To Top