KUEY TEOW GORENG paling sedap simple senang menggunakan resepi kuey teow paling mudah dibuat.
BAHAN-BAHAN kuey teow goreng simple
-1 peket kuey teow
-7 ulas bawang putih (cincang halus)
-2 sudu besar cili kisar
-kicap pekat manis secukup rasa
-segenggam isi ayam (boleh ganti dengan udang @ sotong jika suka)
-1 biji telur
-segenggam daun kuchai
-tauge
-garam
Cara masak kuey teow goreng sedap
1) tumis bawang putih hingga naik bau
2) masukkan cili kisar, kacau sebati
3) masukkan isi ayam
4) masukkan kicap pekat manis
5) pecahkan sebiji telur *tips masak kuey teow goreng sedap -lepas masukkan telur perlu cepat-cepat kacau telur supaya hancur
6) masukkan kuey teow
7) masukkan garam & kicap pekat manis (boleh adjust nak lebih atau kurang kicap)
8) kacau sebati
9) bila kuey teow dah masak sebati dengan semua bahan masukkan daun kucai, kacau-kacau sekejap sahaja
10) sebelum tutup api masukkan tauge, kacau dalam 5 saat
11) dah tutup api bolehlah dihidang!
*tips masak kuey teow goreng sedap ialah tauge dimasukkan paling akhir sebelum tutup api, jangan masak tauge lama sangat nanti tauge lembik dan kurang rangup maka kuey teow jadi kurang sedap .Kuey teow sedap dimakan bersama tauge yang masih rangup.