aszulqa.com

Buffet Ramadhan 2021 @ Kelab Golf Seri Selangor (Seri Selangor Golf Club)

Pengalaman berbuka puasa buffet ramadhan 2021 di Kelab Golf Seri Selangor (Seri Selangor Golf Club) ini adalah perkongsian dari pemilik fb Husna Abd Jalil.

Buffet ramadhan berbaloi2. RM52/pax beli thru fave. 7yrs above and senior citizen RM29/pax.

Kambing bakar
Sate ayam
Mee/koteaw goreng
Fries/wedges/meatball
Nasi tomato/putih
Ayam masak merah
Daging masak hitam
Ikan bawal masak ……. (tak ingat)
Masak lemak ikan kering plus nenas
Sayur suhun
Spagetti bolognese
Pelbagai jenis kerabu
Jeruk
Pelbagai jenis buah2an tempatan
Pelbagai jenis sambal belacan, cencaluk, budu etc
Ikan kering, pekasam
Dessert kek, brownies, cheesetart, puding, cookies
Pelbagai jenis kuih talam, kuih muih dll
Mee/mee hoon sup/ mee kari
Yong tau foo
Rojak pasembor
Rojak buah
Cendol
Ais pop
Pelbagai jenis air sejuk/panas
Ruang makan yg selesa (ekon n kipas)
Surau / toilet disediakan
Warm staff
Makanan sedap2 (x try semua)
What do u expect with RM52/pax? Really worth it. Saya bg 4.9⭐️

Read more

Buffet Ramadan 2021 @ Hotel Berjaya Times Square, KL

Pengalaman berbuka puasa buffet ramadhan 2021 di Hotel Traders, KL ini adalah perkongsian dari pemilik fb Fatin Farhana.

 

Iftar kat Berjaya Times Square Hotel, KL ?

Overall saya bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️

Parking
-Parking guna touchngo / visa. Parking juga banyak

 

 

Read more

Buffet Ramadan 2021 @ Hotel Armada, Petaling Jaya

Pengalaman berbuka puasa buffet ramadhan 2021 di Hotel Armada, Pj ini adalah perkongsian dari pemilik fb Atty Jasmi.

 

Done. Armada Hotel, Pj.
Iftar today (26/4/2021). 4 star… Ada sedap, ada kureng.. Overall OKAY ??
Bnyak jugak choice, dessert sedapp gilaaa. especially strawberry cake and pandan cake. Worth it
Dewasa Rm68 perpax.
Kids Rm40 perpax.
below 6y FOC.Kambing bakar biasa2 je, satay fair, ketam sambal sedap, kupang sedapp. Oklaaaa. sesuai dgn harga dan tmpt. hope to improve lagi better.. I sure 30 days of ramadhan full house awal2.

Terbaik
 

.. Staff pun friendly and faster.. ???

 

 

kredit: fb Atty Jasmi

Buffet Ramadan 2021 @ Hotel Cititel, Midvalley

Setahun sudah berlalu semenjak kita dilanda wabak covid-19, lebihkurang setahun jugaklah sis masih takut-takut nak makan luar. Walaupun ada makan luar, tapi dekat-dekat area rumah je & sis akan make sure check My Sejahtera apps dulu untuk tengok jumlah kes covid-19 terkini sebelum masuk premis tu. Kalau kes sikit area situ, berani sikitlah sis nak masuk makan…paling penting jaga SOP dan sis akan selalu basuh tangan lepas pegang sesuatu objek.

Tahun ni suami sis dah tempah buffet ramadhan untuk kami sekeluarga kat Hotel Cititel, Midvalley. Setelah setahun kami tak jejak makan buffet hotel, inilah kali pertama kami jejak kembali buffet hotel sejak covid-19 ni.

Suami sis tak bagitau nak makan buffet ramadan kat mana, konon nak buat surprise. Jadi pada hari kejadian tu, kami pun bersiaplah sekeluarga excited nak berbuka di buffet ramadhan hotel. Kami bergerak sekitar jam 5.30petang dari rumah, sekitar 6petang kami sudah sampai area Midvalley. Tapi disebabkan jem yang teruk kat area MidValley & waze pula lambat respond menyebabkan kami tersalah masuk simpang & kena buat u-turn…..bertabahlah sis sekeluarga ‘makan’ jem teruk dulu sebelum makan untuk berbuka puasa.

Bila dah sampai kat entrance hotel, tahulah sis yang suami nak bawak sis buffet ramadan kat hotel Cititel tu. Kat entrance tu suami tanya guard nak parking mana? Guard cakap ada 2 choice, kalau nak parking depan hotel ni je RM15 per entry. Tapi kalau nak parking biasa kat basement RM5 katanya. So, suami decide parking depan hotel cititel ni je senang bayar RM15, keluar kereta terus masuk hotel. Tak perlu penat & susahpayah cari parking kat basement nak menapak ke atas hotel lagi.

Masuk je hotel Cititel, husband terus ke kaunter untuk inform tentang booking. Bila dah confirm kat situ kami dibawa ke meja makan kami. Kami masuk lebihkurang 6.45petang, hanya beberapa table je ada guess. Maybe masih awal so tak ramai orang, tapi rupanya sampai ke azan buka puasa cuma ada 6 table je dipenuhi orang, lainnya kosong. Memanglah, cofee house hotel ni tak berapa besar, tapi tak sampai separuhlah dipenuhi orang pendek ceritanya. At first kami rasa kesian juga dekat industri hotel sebab terkesan dengan pandemik covid-19 ni, contoh utamanya memang dah ada depan mata….buffet ramadan orang tak penuh! Happy juga at the same time, sebab bila tak ramai orang, so tak banyak contact…kurang risiko jangkitan. Rupanya bukan sebab covid-19 je buffet ramadan cititel midvalley ni sendu, ada sebab lain juga……haaa, baca sampai habis.

Macam biasalah, bila dah sampai, kami akan ronda-ronda dan ambil makanan yang berkenan. Buffet ramadan kalini tak macam biasa, sebab tak boleh ambil makanan sendiri. Hotel dah sediakan staff kat sebelah makanan tu untuk cedukkan makanan yang kita nak, so nak ambik banyak pun seganlah kan sebab orang tolong sendukkan. Sis tak pasti ini SOP untuk buffet ramadan sempena covid-19 ataupun SOP ni hanya kat hotel Cititel Midvalley je.

First impression sis kat food choices kat sini agak mengecewakan sikitlah, sebab pilihan tak banyak. Selalunya sis excited nak ambil gambar, tapi sebab tawar hati sikit & dah lapar nak berbuka puasa time tu…makanya bila dah sampai rumah sis baru perasan takde satu pun gambar makanan yang sis ambil. Tapi sis malas nak cerita panjang sebab dah suami yang belanja kan, jadi sis redha je lah makan, Alhamdulillah!

Antara menu buffet ramadhan 2021 cititel midvalley yang sis ingat ada
-kaunter beberapa jenis kerabu (sis tak ambik ni)
-kaunter beberapa jenis kerepek
-kaunter beberapa jenis jeruk
-sup
-kek span banyak, kek special premium macam cheese cake ke nan hado
-kuih-miuh
-buah-buahan
-nasi putih & beberapa jenis lauk pauk, paling best pun udang harimau jelah (ni sis amek banyak)
-satay ayam & daging, nasi himpit,kuah kacang
-kambing & nasi beriani
-kaunter air macam air tebu, bandung,lemon tea dll
-kaunter hot drinks (kena minta, nanti dia akan tekan machine je buat air tu)
-kaunter aiskrim

Itu je lah, tiada apa yang special…oyster ke, ketam ke, sotong ke, kek premium ke, goreng2 panas ke…nan hado. Yang sis ambil banyak makan ngan nasi lauk udang je lah. Tapi udangnya tak fresh langsung, boleh rasa makan udang yang dah lama walaupun masakan udang tu a bit spicy. Kambing sis memang tak makan, suami yang makan kambing dengan nasi beriani cakap nasi berianinya keras. Haduhla!

Paling tak best, air tebu dah rasa lain macam, macam nak basi. Dah lama la kot. Sis amek beberapa gelas jugala air tebu sebab memang kesukaan kami sekeluarga, tapi bila dah rasa sikit macam nak basi sis tak bagi dah keluarga minum. Tapi suami cakap dia dah minum 3 gelas. Balik rumah dia kena cirit birit sampai 14kali ulangalik gi tandas! Kami suspect sebab air tebu tulah, then dia ada makan tenggiri or tongkol masak lemak yang katanya rasa macam ikan dah lama. Sis dan anak-anak takde makan ikan tu. Hmmm, dah tak pasal-pasal suami kena food poisoning! Pendek kata, udang & ikan dia dah lama, langsung tak fresh….boleh sebabkan orang ciritbirit tau tak.

Tapi ada la jugak yang sedap kat tekak sis bila dimakan macam serawa durian, puding kastard & aiskrim. Hot drinks boleh request nanti staff dia tekan je machine air tu…boleh minta nak teh tarik, coffe mocha, caffe latte, milo…erm tu jelah yang sis ingat.

Gamba ihsan dari FAVE – sebab gambar nilah suami excited nak bawak kami sekeluarga buffet kat sini, rupanya indah khabar dari rupa.

 

Jadi terjawab sudahlah, kenapa buffet ramadan kat hotel cititel midvalley ni sendu. Suami terbeli kat FAVE pun sebab tengok kupon yang terjual lebihkurang 130, nampak macam banyak yang beli compare dengan buffet Ramadan lain kat fave tu…may be sebab hotel dekat midvalley kot, so ramai yang expect something best…rupanya bila dah beli dan pergi sendiri barulah tahu.

Gambar ihsan dari FAVE – ingatkan tak dapat balik kampung merasalah lemang & serunding ni, rupanya nan hado pun

 

 

Scroll To Top