aszulqa.com

?????? ???? ????? ?????? ?????? menu orang dulu-dulu yang membangkitkan selera

Menu orang dulu-dulu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas selalunya membangkitkan selera bila dimakan bersama lauk pauk kampung yang lain. Asam pedas batang keladi salah satu resepi lauk kampung yang sangat menyelerakan dimakan bersama nasi putih, ulam-ulaman dll.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF:

Bahan-bahan 
200 gram batang keladi (dihiris)
200 gram keladi (dihiris)
(Keladi dan batangnya direbus terlebih dahulu supaya ia mudah empuk apabila dimasak di dalam kuah asam)
2 ulas bawang merah (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 batang serai (diketuk)
2 inci halia (diketuk)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 gram ikan bilis (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
100 ml air asam jawa
2 tangkai daun kesum
150 ml air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2.Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga pecah minyak.
3.Selepas itu, masukkan serai, halia, daun kesum, batang keladi dan keladi dan kacau rata.
4.Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
5.Setelah keladi dan batangnya mula empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.
P/s: Resepi Batang Keladi Masak Asam sesuai dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Kredit : Norfadilah Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + eight =

Scroll To Top